Paris: Hampir sejuta kenderaan yang dijual di Perancis beberapa tahun
lalu dilengkapi dengan alat untuk menipu ujian pencemaran.
Dalam satu
kenyataannya, syarikat Volkswagen (VW) di negara itu berkata, 984,064 kereta di
Perancis terbabit dalam skandal yang mengejutkan industri automobil.
Kebanyakannya model
Volkswagen.
Bagaimanapun, ia
juga termasuk kereta Skoda dan Seat yang sebahagian daripada kumpulan VW.
Kerajaan Perancis mendesak
supaya siasatan dijalankan di seluruh Eropah selepas syarikat pembuat kereta
Jerman itu mengaku ia melengkapkan kereta dengan perisian canggih yang mematikan
kawalan pencemaran secara sulit apabila kereta itu dipandu dan memasangnya
apabila ia mengesan kereta itu menjalani ujian pencemaran.
0 Response to "Sejuta kereta di Perancis dilengkapi alat menipu"
Post a Comment