
Muhammad
Lutfan Amar Abdul Fattah, dua bulan, disahkan meninggal dunia di Hospital
Taiping, kira-kira jam 4 pagi tadi.
Perkara
tersebut telah disahkan ibunya, Nur Atikah Mohamad Ideris melalui panggilan
telefon.
Menurutnya,
dia dimaklumkan pihak hospital bahawa anaknya itu menangis sebelum tiba-tiba
senyap.
"Selepas
itu, dia disahkan meninggal dunia," katanya kepada Sinar Harian, di sini pagi
ini.
Kisah
Allahyarham pernah dilaporkan Sinar Harian? Isnin lalu kerana keluarganya tidak
mampu menyediakan kos pembedahan yang dianggarkan mencecah
RM35,000.
Mengulas
lanjut, Nur Atikah berkata, kali terakhir dia melihat dan bersama anak sulungnya
itu ketika membawanya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Pulau Pinang
semalam.
"Saya
redha dengan ketentuan ALLAH dan dijangka akan dikebumikan di Bagan Baharu,
Selama kira-kira jam 11 pagi ini," katanya.
Al-Fatihah.
Sebelum
ini ramai yang sempiti apa yang menimpa Atikah dan Lutfan ...
“Saya tak
sampai hati melihatnya begini.” demikian luah ibu muda, Nur Atikah Mohamad
Ideris, 20, mengenangkan nasib bayinya, Muhammad Lutfan Amar Abdul Fattah yang
mengidap masalah saluran pernafasan sempit.
Nur
Atikah berkata, Muhammad Lutfan yang kini berusia dua bulan hanya dapat pulang
seketika ke rumah, sebelum ditempatkan di Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau
Pinang bagi mendapatkan pemantauan rapi apabila perlu bergantung pada alat
bantuan pernafasan.
“Lutfan
memang tidak banyak ragam, namun hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat
keadaan anak sebegini, hanya pembedahan dapat selamatkan nyawanya,”
katanya.
Berasal
dari Sungai Lempong, Kubu Gajah, di sini, Nur Atikah berkata, dia dan ahli
keluarga tidak mampu menyediakan kos pembedahan yang dianggarkan mencecah
RM35,000.
Menurutnya,
pelbagai usaha sudah dilakukan, namun wang terkumpul masih belum
mencukupi.
“Doktor
jelaskan pembedahan perlu dijalankan segera bagi memulihkan saluran darah yang
sempit, saya sangat bimbang kalau-kalau ia memberi kesan kepadanya jika lambat
dilakukan,” katanya.
Nur
Atikah berkata, anaknya itu lahir dalam keadaan normal dan sewaktu bersalin,
bayi itu juga tidak menangis.
“Keadaannya
baik dan kelihatan sama seperti bayi-bayi lain. Dia tak tunjuk kelainan, cuma
bila dah balik rumah dia tidak mahu minum susu.
"Suara
dia pun perlahan, bila dirujuk kepada pakar barulah saya dapat tahu masalahnya,”
katanya.
Nur
Atikah berkata, dia hanya mampu berdoa kepada ALLAH agar ada pihak yang sudi
membantu menyalurkan bantuan supaya proses pembedahan anaknya itu dapat
dilakukan segera. - Sinar
0 Response to "Lutfan Amar pergi jua .. ibu tak mampu sediakan RM35000 untuk pembedahan"
Post a Comment