Hot !

INILAH PADAHNYA BILA ISI MINYAK TAK MATIKAN ENGIN KERETA



Ramai orang tidak patuh dengan larangan mematikan enjin ketika mahu mengisi minyak, sedangkan beberapa kemalangan kecil sudah berlaku atas kedegilan sesetengah pihak.

Satu kejadian kebakaran kecil berlaku di stesen minyak Petronas Green Lane, Pulau Pinang baru-baru ini akibat kecuaian pemilik kenderaannya.

Kejadian tersebut secara tidak langsung membuatkan keadaan di stesen minyak berkenaan huru-hara selepas pelanggan yang lain segera menyelamatkan kenderaan masing-masing.

Selain tidak mematikan enjin, anak kepada pemilik kenderaan itu juga dikatakan sedang menggunakan telefon bimbit, yang kemudiannya menyebabkan percikan api apabila geseran udara dan ion elektrik statik di badan kereta bertemu.

Keluarga itu bernasib baik kerana tidak akan kejadian yang lebih buruk berlaku. -Siakapkeli.my



Kereta yang sedang diisi minyak disambar api..menurut sumber, katanya enjin kereta tidak dimatikan dan kejadian berlaku di Pulau Pinang..
Posted by Siakap Keli on Sunday, October 4, 2015

0 Response to "INILAH PADAHNYA BILA ISI MINYAK TAK MATIKAN ENGIN KERETA"

Post a Comment