
Bhojipura (India) – Seorang kanak-kanak berusia 4
tahun maut selepas ayah menghantukkan kepalanya ke dinding beberapa kali dengan
alasan tudungnya tertanggal dan menampakkan aurat.
Menurut India Times, kejadian tersebut berlaku
ketika keluarga Chand Babu sedang menikmati makanan.
Tudung kanak-kanak tersebut tiba-tiba
terbuka.
Menurut seorang penduduk tempatan, Chand kemudian
tanpa belas kasihan membelasah Faheen dan menghantukkan kepala kanak-kanak
malang tersebut ke lantai.
“Chand kata Farheen ‘sudah pandai berfesyen’ dan
melupakan tradisi,” kata warga tempatan tersebut.
Chand kini ditahan polis dan mungkin didakwa dalam
masa terdekat.
0 Response to "BUDAK 4 TAHUN DIHANTUK SAMPAI MATI OLEH AYAHNYA KERANA TUDUNG TERTANGGAL"
Post a Comment