GAMBAR:
Berang Tabung Kosong,
Pencuri Sepahkan Al-Quran
GARA-gara
berang tabung masjid
yang penat diumpil tidak mempunyai wang, seorang pencuri tergamak bertindak
‘membalas dendam’ dengan menyelerakkan Al-Quran dan bahan bacaan lain di Masjid
An-Nur, Felda Jengka 12, Maran, Pahang, kelmarin.
Kejadian itu disedari oleh seorang
jemaah yang juga ahli jawatankuasa (AJK) masjid itu yang kebetulan hadir
bagi menunaikan solat Subuh kira-kira jam 5 pagi.
Terkejut melihat keadaan dalam masjid
yang bersepah, AJK tersebut kemudian melaporkan kepada pihak
polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Maran Deputi
Superintendan Mat Rizal Mat Radzi, suspek yang dipercayai berusia 40 tahun itu
pada mulanya masuk ke dalam masjid untuk mencuri duit
tabung.
“Suspek masuk menerusi pintu tidak
berkunci dan cuba mengumpil tabung masjid,
namun berang apabila tabung di ruang solat tidak berisi.
“Suspek bertindak menyelerakkan
barangan dalam masjid termasuk al-Quran, sejadah dan telekung, malah beberapa
barangan di dalam masjid turut dirosakkan,” katanya kepada Harian
Metro.
Setakat ini, kami masih belum menerima
laporan sama ada suspek telah berjaya ditangkap ataupun
tidak.
Sumber
: MYNEWSHUB.CC
0 Response to "BERANG TABUNG KOSONG, PENCURI SEPAHKAN AL-QURAN"
Post a Comment