5
Kesalahan Semasa Membasuh Seluar Jeans | Ada beberapa pemakai/pengguna yang
mengatakan korang sepatutnya tidak boleh membasuh seluar jeans menggunakan mesin
basuh ataupun tidak seharusnya mencuci seluar jeans tersebut.
Tetapi
kebanyakan daripada kita, jika pakaian tersebut kotor (dalam kes ni, seluar
jeans), lemparkannya ke dalam mesin basuh bersama pakaian kotor yang lain.
Untuk
menjaga denim/seluar jeans warna asas biru dan hitam nampak seperti baru yang
mungkin, elakkan seluar jeans kesayangan korang rosak dengan mengikuti beberapa
tips dibawah.
Menerusi
Suria.fm, kami kongsikan 5 Kesalahan Apabila Membasuh Seluar Jeans:
1.
Mencuci dengan keluarkan bahagian dalam ke luar.
Kaedah
ini membantu mengurangkan kehilangan warna asas seluar jeans/denim. Sebelum itu,
pastikan anda zip atau butang semua dulu ye sebelum letakkan dalam mesin
basuh.
2.
Padatkan mesin basuh dan yang lain dengan banyak
Sebenarnya
ramai yang membasuh dengan penuhkan mesin basuh dengan banyak. Lebih banyak yang
dibasuh, lebih rileks kerja korang kan? Tahu tak korang dengan membasuh sebegini
akan membuatkan pakaian anda lusuh, zip mudah rosak dan juga jahitan benang akan
tertanggal kerana tiada ruang untuk berpusing dalam mesin tersebut. Ini juga
menyebabkan pakaian akan bersimpul sesudah mesin dihentikan.
3.
Memilih kitaran mesin basuh yang salah.
Jika
mahukan seluar jeans kelihatan baru, korang perlu membasuh dan mengeringkannya
dengan kitaran mesin basuh yang lembut. Sementara itu, mencuci dengan tangan
adalah kaedah paling selamat dan murah tetapi mahal dari segi masa dan usaha.
Kecuali seluar jeans anda sangat kotor, adalah lebih baik untuk mencuci mereka
dalam air sejuk, memilih salah satu daripada kitaran lembut, dan keringkan pada
suhu yang rendah.
4.
Katakan tidak kepada pencuci memelihara warna (colour-preserving
detergent).
Detergen
khas dirumuskan untuk mengekalkan warna gelap adakalanya menjadi. Ia mempunyai
bahan-bahan untuk membantu kain memegang atau memelihara warna dan
menyahaktifkan klorin di dalam air yang boleh pudarkan warna. Jika anda mahu
menyimpan seluar jeans anda menjadi warna gelap, adakalanya bagus juga untuk
melabur dalam detergen khas.
5.
Tinggalkan denim atau seluar jeans dalam pengering terlalu lama.
Di
Malaysia, jarang menggunakan alat pengering kerana mempunyai matahari yang
membantu untuk mengeringkan baju korang. Tetapi ada juga yang menggunakannya
seperti yang tinggal di apartment atau kondominium. Kain mengecut apabila
ditinggalkan di dalam pengering terlalu lama untuk mendapatkan lebih-kering dan
“goreng.” Semua kain dan seluar jeans apabila anda membawa ia keluar dari
pengering, ianya lembap. Hanya kibaskan sedikit dan biarkan kering rata pada
ampaian.
0 Response to "BENARKAH SELUAR JEANS TIDAK BOLEH DIBASUH?"
Post a Comment