
Seorang lelaki mengaku mencekik anak
perempuannya sehingga maut selepas ditangkap mencuri kondom yang mahu digunakan
bersama teman lelakinya.?
Menurut laporan NYPost, Asadullah Khan,
51 memberitahu mahkamah 25 September lepas bahawa anak perempuannya Lareeb, 19
telah memalukan keluarganya.
Isteri Asadullah, Shazia Khan, 41 juga
dibicarakan atas tuduhan tidak membantu menghentikan tindakan suaminya
tersebut.
Pasangan tersebut yang berasal dari
Pakistan kemudian membuang mayat Lareeb di sebuah gaung.
Sebelum itu, Asadullah cuba untuk
menghentikan hubungan Lareeb dengan teman lelakinya, Raheel.
Raheel memberitahu beliau dan Lareeb
sedia untuk berkahwin tetapi dihalang oleh Asadullah.
Asadullah juga didakwa cuba mencekik
Lareeb sebelum ini. -Agensi
0 Response to "(5 Gambar) Gadis cantik ini di cekik bapanya kerana curi kondom"
Post a Comment