JOHOR BAHRU - Tanpa sebarang rasa bersalah,
seorang wanita membawa seekor anjing peliharaannya ke dalam pasar raya,
menggunakan troli mengundang kemarahan orang ramai.
Gambar yang dimuat naik oleh Sharafazleen di
laman Facebook pada 2 jam yang lalu, dikecam netizen kerana tindakan wanita itu
tidak sensitif.
Menurut Sharafazleen, kejadian itu berlaku di
Tesco Plentong, Johor Bahru dan dirakam oleh dirinya sendiri yang kini telah
mendapat 200 perkongsian di laman Facebook.
Beliau juga telah mengadu perkara itu kepada
pengawal keselamatan namun respon yang diberikan agak mengecewakan.
"Dah report tadi, tapi guard pun macam slow
je," katanya.
Tindakan individu yang tidak bertanggungjawab
itu menimbulkan keresahan pada pengguna.
"Sudahlah bawa anjing guna troli, anjing dia
kencing pula tu. Dia ingat ini taman perumahan ke apa?" kata netizen.
Apa yang menjadi kebimbangan netizen, ialah
troli yang digunakan itu telah dicemari dan menimbulkan kebimbangan pengguna
terutama pengguna muslim.
0 Response to "Wanita Ini Berikan Jawapan Yang Sangat Biadap Selepas Ditegur Kerana Bawa Anjing Ke Dalam Pasar Raya"
Post a Comment