Seorang wanita warga Malaysia,
Sharmine, yang menetap dan bekerja di Korea mendakwa dirinya telah ditipu oleh
dua wanita warga Malaysia yang melancong ke negara itu, sebanyak RM3,000.
Niat asalnya datang ke sebuah
guesthouse untuk membungkus makanan Bulgogi yang dipesan oleh majikannya.
Kebetulan, terserempak dengan dua wanita terbabit iaitu Bazlin (pelancong) dan
Aida (pemandu pelancong) yang ingin melihat guesthouse, lalu beliau membawa
mereka melihat guesthouse tersebut.
Malangnya, Bazlin terjatuh dan patah
kaki. Lalu dia membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tetapi
mereka tidak mempunyai wang untuk membayar kos perubatan.
Berasa simpati dengan mereka, lalu dia
menawarkan diri untuk mendahulukan wangnya dan mangsa bersetuju akan membayarnya
semula apabila tiba di Malaysia.
Bagaimanapun, wanita terbabit tidak
berbuat demikian atas alasan guesthouse akan lepas tangan. Berikutan itu,
Sharmine bertindak menuntut semula wangnya sebanyak RM3,000, tetapi tidak
dipedulikan.
Aida juga mendakwa Sharmine adalah
kakitangan guesthouse tersebut menyebabkan mereka enggan membayar wang RM3,000
berkenaan.
Baca
'kronologi' yang dipetik dari Sharmine:
28
Ogos 2015, selepas maghrib.
Lokasi: Eid Guesthouse, Itaewon, Seoul,
Korea
Baru
balik, penat sangat daripada tour. Orang yang pernah bawa orang faham macam mana
penatnya selepas kerja.
Singgah sebentar di Guesthouse sebab dipesan oleh boss
saya untuk pack Bulgogi. Sampai di sana, ada dua perempuan Malaysia dan seorang
lelaki Korea. Diorang nak tengok-tengok guesthouse macam mana.
Kos
mahal nak mampus! Dia cakap dia tak ada duit. Tanpa berfikir panjang saya pun
terus mendahulukan wang saya.
"Macam
ini sajalah kak. Saya tolong akak, nanti akak bayar balik duit
saya,".
Dah
bayar semua, dia berjanji akan bayar balik seminggu yang lalu setelah sampai ke
Malaysia. Malangnya, sebelum balik Malaysia, dia dah mula buat
hal.
Saya
ajak dia jumpa polis Korea. Sampai di balai, polis Korea sendiri pun kata,
perempuan yang bernama Aida ini dah bersalah. Tetapi masih nak
melengahkan.
Dia
yang sepatutnya prepare for the insurance tetapi nak menyalahkan
orang.
"Saya
tak akan bayar duit awak sebab nanti guesthouse akan lepas tangan,"
katanya.
Pada
masa itu aku dah tak tahu nak rasa apa. Aku tolong dia sebab dia sakit, sesama
muslim, sesama Malaysian. Tetapi malangnya dibalas balik seperti ini. Hari ini
dia buat hal lagi. Bila kita minta duit kita.
Bazlin
(pesakit yang patah kaki)
Aida
(Tour guide a.k.a Toke Tour)
p/s:
saya bukan anak orang kaya. Saya cari duit sendiri. Bagi pada ibu dan bapa,
hantar pada adik-adik. Saya duduk seorang-seorang di Korea, tak ada keluarga.
Kalau anda faham.
Aida menyatakan mahu memfailkan saman
malu terhadap Sharmine kerana memuat naik gambar, screenshot perbualan WeChat,
serta nombor telefonnya.
"Akak akan buat saman malu terhadap
kamu dan kita akan bawa kes ini ke mahkamah sini. Dah melampau masuk
Facebook.
"Kamu tahu kamu tak boleh claim dengan
saya sebab bukan saya yang patah kaki. Saya akan buat laporan polis di sini atas
sebab fitnah. Kamu tunggu. Jangan harap kami akan bayar. Kenapa takut nak bagi
dokumen?
"Kamu telah menggunakan nama saya
serta nama company saya dan ini serius matter saya akan bawa benda ini
kehadapan. Kamu dah masukkan nama dan gambar saya. Kamu tunggu dan lihat,"
katanya melalui WhatsApp yang masih berkeras menyangka Sharmine adalah
kakitangan guesthouse tersebut.
"Jangan ingat kami orang Malaysia
boleh ditipu. Nak bersubahat menipu orang Malaysia duduk guesthouse yang tak
selamat.
"Akak maafkan kamu atas perbuatan kamu
seikhlas hati walaupun kamu mengaibkan akak tetapi atas izin Allah jua," katanya
yang membatalkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap
Sharmine.
0 Response to "'Tolong Pulangkan RM3,000 Saya!'"
Post a Comment