Ceritanya,
dulu bangunan shopping mall di sebuah daerah di Bangkok, Thailand ini punyai
ketinggian 11 tingkat. Tetapi pada tahun 1997, 7 tingkat atas bangunan ini
terpaksa dirobohkan atas sebab undang-undang tidak membenarkan mana-mana
bangunan tinggi melebihi 4 tingat hanya kerana ada istana di kawasan tersebut.
Pada tahun 1999 pula, berlaku kebakaran yang mengakibatkan kematian. Dan sejak
dari itu, bangunan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa bumbung.
Hujan
turun hari demi hari dan mengakibatkan air bertakung dan di bahagian ground
floor pula menjadi kolam. Kesannya? 2003-2004 nyamuk membiak dengan
bermaharajalela di kawasan itu dan menyebabkan ketidakselesaan pada penduduk
sekitar. Bagi mengatasi masalah berkenaan, penduduk sekitar meletak beberapa
ekor ikan dalam kolam itu untuk mengawal pembiakan nyamuk. Hasilnya?
Berkesan!
Sejak
dari itu, ikan-ikan mula membiak. Namun kisah kolam ini hanya diketahui oleh
penduduk kawasan itu sahaja. Entah bagaimana ia boleh tersebar di Facebook.
Semenjak perkhabaran mengenai kolam itu tersebar di laman sosial, ramai orang
luar datang dan hal ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan. Pihak
berkuasa tempatan terpaksa menutup kawasan terbabit atas faktor
keselamatan.
Sumber:
KisahBest
0 Response to "Shopping Mall Misteri Ditinggalkan Jadi Kolam Ikan Eksotik"
Post a Comment