Hot !

Semua sekolah di lima negeri ditutup sehingga diberitahu - Mahdzir

Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka akan terus ditutup sehingga diberitahu kelak. Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata, kementerian akan terus memantau keadaan jerebu tu dan akan memaklumkan kepada semua pengarah pendidikan negeri mengenai perkara itu.


Semua sekolah di lima negeri ditutup sehingga diberitahu - Mahdzir
Semua sekolah di lima negeri ditutup sehingga diberitahu - Mahdzir
Menurutnya, penutupan 2,045 sekolah di lima negeri itu yang membabitkan 1.523 juta pelajar dibuat berikutan ada beberapa kawasan telah mencatatkan bacaan IPU 200 iaitu kualiti udara sangat tidak sihat.

"Kementerian sedang memantau keadaan jerebu di tiga negeri lain iaitu Perak, Pahang dan Terengganu yang ketika ini mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.


"Jika bacaan IPU di ketiga-tiga negeri itu melepasi 200, ia juga akan ditutup," katanya pada sidang media di Institut Perguruan Guru, Kampus Bahasa Melayu, di sini, hari ini

Di samping itu, katanya, kementerian telah mengarahkan semua sekolah di kawasan yang mencatatkan IPU melebihi 150, semua membatalkan semua aktiviti luar kelas.

Datuk Seri Mahdzir Khalid
Kementerian sedang memantau keadaan jerebu di tiga negeri lain iaitu Perak, Pahang dan Terengganu yang ketika ini mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, semua sekolah yang masih dibuka juga sudah dimaklumkan supaya mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan pelajar, termasuk penggunaan topeng penutup mulut.

0 Response to "Semua sekolah di lima negeri ditutup sehingga diberitahu - Mahdzir"

Post a Comment