
Baru-baru
ini, Abby Abadi telah mengadakan sambutan hari lahir kedua-dua anaknya di Gua
Musang, Kelantan.
Difahamkan,
majlis bermula pada jam 3 petang, namun Abby baru saja hendak membeli kek pada
jam 12 tengah hari.
Abby
dan suami barunya, Jai, telah pergi ke premis Secret Recipe di Gua Musang untuk
membeli kek. Pada mulanya, segalanya berjalan dengan lancar tetapi seketika
barulah Abby menyedari bahawa cawangan Secret Recipe itu diuruskan oleh orang
bukan muslim.
Malangnya,
pesanan dan bayaran telah dilakukan menyebabkan Abby tiada pilihan melainkan
terpaksa menerimanya.
Ekoran
itu, Abby memuat naik status di laman Instagramnya yang berjanji pada Allah
tidak akan membeli kek di Secret Recipe lagi dengan alasan Secret Recipe tidak
menepati ciri-ciri Islam serta mendakwa Secret Recipe menggunakan pekerja Islam
untuk mengaburi pelanggan muslim.
Bagaimanapun,
tindakan Abby itu menimbulkan rasa kurang senang followersnya yang menyatakan
bahawa Secret Recipe telah mendapat status Halal dari JAKIM dan beranggapan
tidak wajar Abby 'mengharam' apa yang sudah disahkan halal.
"Saya
berjanji pada Allah, pada diri sendiri dan pada suami yang saya tak nak dah beli
Secret Recipe dekat Gua Musang. Sebab apa? Baca sampai habis ye.
"Salah
sendiri. Last minute semua. Itulah Abby Abadi. Nak potong kek jam 3 petang, kil
12 tengah hari baru nak beli.
"Memula
masuk kedai, saya terus order dua kek. Ramai juga orang pada waktu itu. Tetapi
saya tertunduk-tunduk malu sebab saya memang pemalu. Segan nak pandang orang
sebenarnya. Tengah menunggu kek ditulis nama anak-anak, baru perasan yang
incharge kedai itu non muslim.
"Gundah
gulana terus hati kita wak! Tertanya-tanya alamak siapa yang buat kek ini semua?
Confident level tinggi memula sebab tengok yang jaga kaunter semua adik-adik
melayu Islam (mereka bertudung, sebab itu saya tahu mereka Islam). Dup dap dup
dap dah masa itu. Tetapi suami dah bayarkan juga sebab dah order. Rasa nak
menangis tetapi tak apalah. Dah lepas pun.
"Yang
saya nak sampaikan di sini, lain kali nak makan kat mana-mana beringatlah ye.
Non muslim tetapi halal? Banyak tempat dah macam ni. Jaga kaunter orang kita
tetapi yang di dapur orang dia. Yang ni, buat kek yang sediakan bahan-bahannya
siapa? Yang masak? Yang Islam pun lebih kurang je jaga halal/haram. Yang bukan
Islam?
"Suka
saya ingatkan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat di sini, ustaz saya ada
sampaikan yang kalau nak beli makanan, jangan beli pada orang kita yang tak taat
perintah Allah sebab nanti makan, hati jadi hitam. Dah kalau orang kita pun
boleh jadi begitu, yang non muslim? Usahakan jaga hak-hak Allah ye.
0 Response to "'SAYA BERJANJI DENGAN ALLAH, TAKKAN BELI KEK DARI SECRET RECIPE' - ABBY ABADI"
Post a Comment