
Banda
Hilir : Tindakan dua lelaki yang melanggan p*lacur buat pertama kali akhirnya
membawa padah apabila dicekup dalam serbuan polis di sebuah hotel di Taman
Melaka Raya, di sini, kelmarin.
Sudahlah ditangkap, kedua-dua
lelaki berusia 28 tahun itu juga tidak keruan apabila mendapat tahu wanita
dilanggannya mengakui positif HIV dalam serbuan di unit apartmen hotel
berkenaan, kira-kira jam 10.30 malam.
Menurut salah seorang lelaki itu,
mereka melanggan dua pelacur dikenali menerusi aplikasi WeChat, menawarkan
perkhidmatan tersebut dengan bayaran RM150.
“Saya sumpah takkan langgan lagi.
Ini kali pertama cuba tak sangka pula polis serbu. Nak-nak pulak dia mengaku ada
HIV. Lepas ni saya memang kena buat pemeriksaan di hospital,”
katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kedua-dua
lelaki itu dibawa ke Balai Polis Banda Hilir dan dilepaskan selepas keterangan
diambil.
“Serbuan di apartmen tingkat dua
hotel itu dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan
Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) selepas melakukan penyamaran
dan intipan bermula jam 6.30 petang.
“Dua lelaki tersebut dicekup
bersama dua wanita Thailand berusia 28 dan 30 tahun dan hasil pemeriksaan kita
menemui beberapa peralatan untuk melakukan aktiviti tidak bermoral termasuk 20
kondom dan dua gel pelincir,” katanya.
Kamaluddin berkata, kedua-dua
wanita yang memasuki negara ini sebagai pelancong pada 28 Ogos lalu, kini
ditahan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan.
-sinar
0 Response to "Pertama kali cuba meraung akibat terlanggan yang ada HIV"
Post a Comment