Seperti yang kita tahu, kini media sosial
merupakan salah satu media untuk berkongsi mengenai pelbagai perkara. Sementara
itu, bagi pelakon Linda Rafar, dia telah berkongsi gambar di Instagram yang
seakan memberi gambaran apa yang berlaku di dalam rumahtangganya.
Kami pun tidaklah mahu serkap jarang, tetapi
jika ada sesuatu yang sedang melanda, adalah lebih baik Linda merujuk terlebih
dahulu kepada mereka yang berpengalaman terlebih dahulu. Malah rata-rata peminat
di bahagian komen pada gambar tersebut turut mendoakan yang terbaik buat pelakon
itu.
Semoga apa yang dilalui oleh Linda ketika ini
akan dipermudahkan dan di setiap dugaan yang datang pasti ada hikmah di
sebaliknya. Mungkin juga Linda Rafar perlukan masa bersendirian sebelum bersedia
memberi sebarang keterangan.
0 Response to "Luah Perasaan Di Instagram, Rumah Tangga Linda Rafar Dilanda Masalah?"
Post a Comment