Ampang - Seorang penganggur berkelakuan jijik
apabila memaksa seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun melakukan se ks
luar tabii dengan mengugut akan menembaknya menggunakan pistol mainan jika tidak
mengikut arahannya di sebuah surau, tahun lalu.
Bagaimanapun, tindakan tertuduh, Nik Mohd
Zamrie Nik Omar, 37, menerima pembalasan apabila dia dipenjara lapan tahun dan
empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhkan hukuman
itu selepas tertuduh mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan.
Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan
bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 11 Disember 2014.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Nik Mohd Zamrie
didakwa melakukan perbuatan luar tabii terhadap mangsa sehingga mendatangkan
ketakutan kepadanya di sebuah surau, dekat sini, jam 12 tengah hari pada 3
Disember 2014. - HM
0 Response to "Lelaki Ini Paksa Budak 12 Tahun Buat S4ks Luar Tabii Akhirnya Terima Pembalasan"
Post a Comment