Kisah
yang dipaparkan kali ini hampir menyamai kisah Si Tanggang yang disumpah menjadi
batu oleh ibunya, tetapi kisah ini merupakan kisah manusia batu yang terbentuk
akibat bencana alam yang dahsyat. Sungguh mengerikan.. Bagaimana ianya terjadi,
hayati kisahnya. Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii iaitu
salah sebuah kawasan di Itali kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain.
Senario biasa dilihat seperti para penduduknya bergerak sibuk ke sana sini,
aktiviti berjual beli dalam bangunan atau gedung besar serta berinteraksi antara
satu sama lain.
Sehinggalah
tiga hari kemudiannya, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota
berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak
pernah wujud lagi di muka bumi ini! Apakah yang berlaku
sebenarnya?..
Sejarah
kota ini selama hampir 1,500 tahun, kota Pompeii yang wujud suatu ketika dulu
menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah.
Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan. Masa terus berlalu
sehinggalah tibanya tahun 1594, sekumpulan pekerja telah diarahkan menggali
terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada
sebuah kampung berdekatan.
Kerja
mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja
itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh
tertanam di dalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan satu
persatu dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak
kerja cari gali dilakukan di kawasan itu. Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi
Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada
berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.
Tujuh
puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf
selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di
kawasan berkenaan. Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang
pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar.
Ketika itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya
terbongkar. Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai
persoalan misteri dalam kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji
sejarah.
Malah,
lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba,
turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia
dalam keadaan menggerunkan..!
Antara
penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar
menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera. Lebih menakutkan adalah
kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan
‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang
sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi
batu.
Sebenarnya,
pada zaman itu Kota Pompeii ini adalah pusat perzinaan dan syurga kaum
homoseksual. Nasib penduduk Pompeii mirip dengan kaum Nabi Luth. Kehancuran
Pompeii sepenuhnya terjadi melalui letusan gunung berapi
Vesuvius.
Peristiwa
ini berlaku selepas gunung berapi Vesuvius tiba-tiba sahaja bergemuruh dan
memuntahkan isinya. Awan panas dan debu lahar menjalar turun. Tidak lama
kemudian, Kota Pompeii hancur seluruhnya. Mana-mana binaan bangunan disapu rata,
para warga menjadi patung dalam kesakitan luar biasa. Bermula saat itu, sebuah
kota yang dahulunya masyhur terus berselimut debu sehinggalah kewujudannya
terbongkar kembali.
Malah,
jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan
ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba.
Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu
didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu
suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.
Pompeii
kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di
sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya
membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas
kemanusiaan. Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah
alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.
Masyarakat
Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang
menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan
secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.
Selepas
lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara
tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun
akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu. Tiada seorang pun
daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam
serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan
penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.
Informasi Kisah Pompei dari Al Quran
Informasi Kisah Pompei dari Al Quran
Berhubung
peristiwa ngeri ini, terdapat aspek yang agak sukar untuk difahami iaitu
bagaimana boleh terjadi ribuan manusia direntap nyawanya secara tiba-tiba tanpa
sebarang tanda sebelumnya..sehingga mereka tidak berpeluang untuk melarikan diri
sekalipun.
Hal
ini menunjukkan bahawa kehancuran bumi Pompeii ini mirip dengan
peristiwa-peristiwa azab yang dikisahkan dalam Al Quran sebagaimana maksud :
“Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan sahaja maka tiba-tiba
mereka semuanya mati”
(Surah Yaasin, Ayat 36:29).
(Surah Yaasin, Ayat 36:29).
Begitulah
kisah yang terjadi kepada penduduk zaman purba di Kota Pompeii. Seharusnya kita
mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut agar tidak terjadi dalam
masyarakat kita hari ini. Fikir-fikirkan lah ….
Sumber:
KisahBest
0 Response to "Kisah Ngeri Azab Kota Pompeii Yang Ramai Tak Tahu"
Post a Comment