SEBUAH kafe di Jepun
menawarkan perkhidmatan yang unik kepada pelanggannya iaitu Ore No
Yome yang bermaksud ‘isteriku’. Ia menawarkan `isteri’ kepada pelanggan
yang kesunyian dan kelaparan.
Kafe yang terletak di
Higashi Ikebukuro itu kini mula mendapat tarikan ramai.
Pelanggan yang mahu ke situ
perlu membuat tempahan melalui telefon dan sebaik mereka tiba, pelayan wanita
yang hanya memakai bikini dan apron akan menyambut pelanggan
tersebut.
`Isteri’ tersebut akan
melayan dan memainkan peranan sebagai seorang isteri ketika masak untuk
pelanggan.
“Sebaik sahaja anda
mahu pulang ke rumah, tolong beritahu saya sayang. Saya akan masak makan
malam,’’ demikian tulis iklan mempromosikan kafe terbabit.
Tetapi bukan hanya `isteri
disediakan sebaliknya seorang wanita juga boleh memiliki `suami’ di kafe
berkenaan yang akan menemani mereka dan hanya memakai pakaian
mendedahkan.
Pelayan lelaki itu akan
digelar `suami tersayang’ yang akan turut melayan pelanggan wanita, sama seperti
mereka melayan isteri.
0 Response to "Kafe Layan Pelanggan Umpama ‘Isteri’, Berbikini Ketika Memasak"
Post a Comment