Tiada siapa menyangka bahawa
yang duit
syiling Malaysia sebenarnya mahal. Sering kali kita dengar dari kecil
hingga besar pasal kehebatan duit 10 sen keluaran 1971 di mana harganya boleh
mencecah hingga ribuan ringgit.

Duit
Syiling Malaysia Termahal!! 50 Sen Dijual Pada Harga RM81,
846!
Tetapi tahukah anda bahawa
sebenarnya ada lagi duit syiling yang paling mahal di Malaysia yang telah
terjual. Bayangkan duit 50 sen di jual dengan harga puluhan ribu ringgit.
Mungkin duit tersebuat anda pernah guna dan tidak sedar akan
nilainya.
Kebanyak duit syiling yang
akan disiarkan nanti telah dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di
Singapura atau sebelum ini dikenali sebagai Numismatic Society Asia
(NSA).
Berikut adalah nilai syiling
termahal di Malaysia.
5. 50 sen 1967 Milled Edge NGC
MS65 dilelong RM7600

Pada 4 Oktober 2014, Duit
syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65
oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation
(NGC) telah dilelong RM7,600 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara
lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di
Singapura.
Duit syiling itu adalah yang
kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling
gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah pada Gred NGC MS66 yang
dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.
4. 50 sen 1969 Milled Edge NGC
AU55 dilelong RM10,253

Pada 19 Oktober 2013, sekeping
Syiling 50 sen 1969 Milled edge telah terjual dengan harga RM10,253 (termasuk
premium pembeli) didalam satu acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic
Society Asia (NSA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh
Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au- 55.
Khabar angin mengatakan,
syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi Syiling 50 sen 1969
security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29
September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala
Lumpur.
3. 50 sen 1968 Milled Edge NGC
MS66 dilelong RM19,942

Pada 19 April 2014, didalam
acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village,
Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah
dilelong pada harga RM19,942 (termasuk premium pembeli).
Duit Syiling 50 sen 1968
Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut
adalah gred yang terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge didalam rekod
Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga
adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.
2. 1 sen 1970 Copper Clad
Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769

Pada 4 Oktober 2014, syiling 1
sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong didalam acara lelongan
Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti di atas turut mendapat harga
penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium
pembeli.
Pada masa ini, hanya ada 4
keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen
1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini
daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.
1. 50 sen 1969 Milled Edge NGC
MS65 dilelong RM81,846

Pada 4 Oktober 2014, Duit
syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65
oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation
(NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara
lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65
adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge
1969.
Selain syiling ini, ada
sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling
kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit
syiling itu adalah seorang collector dari
Singapura.
0 Response to "Duit Syiling Malaysia Termahal!! 50 Sen Dijual Pada Harga RM81, 846!"
Post a Comment