Polis percaya kes pembunuhan Timbalan Ketua
Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin
Morais mempunyai kaitan dengan kes satu kes rasuah yang sedang disiasat
melibatkan seorang doktor yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera
Malaysia.
Menurut kenyataan dari Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, polis setakat ini masih
belum dapat memastikan motif pembunuhan.
“Kita percaya pembunuhan Kevin ini ada kaitan
dengan doktor terbabit berikutan mendiang ada menjalankan siasatan terhadap kes
rasuah melibatkan doktor terbabit.
“Maklumat ini kita dapat daripada lima suspek
lelaki yang kita tahan pada semalam (Selasa),” katanya memetik laporan dari
FMT.
Pagi tadi, mayat Kevin ditemui setelah
kelima-lima suspek yang ditahan menunjukkan lokasi mereka membuang mayat
Kevin.
Mayat Kevin dimampatkan di dalam konkrit
sebelum dicampakkan di dalam longkang di Jalan Subang 3, Subang Jaya pada Rabu.
- Siakapkeli
0 Response to "Doktor ATM Dalang Kes Pembunuhan Kevin Morais"
Post a Comment