KUALA SELANGOR -
Susulan kes seorang lelaki Cina dibelasah sekumpulan besar lelaki Melayu di
hadapan restoran Cina di Assam Jawa, kerana dipercayai melanggar seorang
penunggang motosikal wanita sehingga maut, tampil seorang individu mendedahkan
cerita sebenar.
Menurut beliau,
kejadian itu sebenarnya tiada kaitan dengan lelaki terbabit. Sebaliknya orang
ramai telah tersalah anggap dan menjadikan perkara yang tidak benar tersebar di
laman sosial sehingga memberikan tanggapan yang buruk terhadap lelaki
berkenaan.
"Berita itu tidak
betul. Cerita sebenarnya, penunggang motosikal itu terbabas sendiri lalu
melanggar tembok longkang. Akibat dari kemalangan itu, tengkuk mangsa
patah.
"Lelaki Cina itu
dalam perjalanan ke restoran yang ingin dikunjungi, namun kebetulan melihat
kejadian itu lalu memberhentikan keretanya.
"Dia menjenguk
keadaan mangsa yang terjatuh di dalam longkang dan terus menghubungi talian
kecemasan 999.
"Menurut siasatan
pihak polis, mangsa dipercayai mengantuk kerana jarak perjalanan yang jauh dari
Shah Alam ke Kuala Selangor setelah habis kerja dan menyebabkan mangsa hilang
kawalan lalu terbabas ke dalam longkang.
"Siasatan di
tempat kejadian juga menunjukkan bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan
mangsa dilanggar. Sebaliknya motosikal mangsa terlanggar tembok longkang itu
sendiri.
"Siasatan juga
mendapati, lelaki itu tiada kaitan dengan kemalangan tersebut," katanya.
Menjelaskan
gambar-gambar kereta milik lelaki itu yang tersebar kononnya bukti pelanggaran,
ini penjelasannya.
"Dalam kejadian
awal di hadapan restoran berkenaan, apa yang berlaku ialah beberapa pelanggan
Cina yang lain tidak berpuas hati mengapa sekumpulan lelaki Melayu datang
mengamuk di restoran terbabit. Sedangkan lelaki Cina yang disyaki menjadi punca
kemalangan itu sebenarnya langsung tiada kaitan dengan kemalangan
tersebut.
"Disebabkan itu,
berlaku pergaduhan di antara mereka. Kereta lelaki itu juga turut dirosakkan
oleh sekumpulan lelaki Melayu berkenaan," katanya.
Mangsa di
sebelah kanan
Mangsa
0 Response to "" Bukan Saya Langgar Dia !!! ""
Post a Comment