PENYANYI
dan pelakon Malaysia yang kini berpangkalan di Taiwan, Soo Wincci.
NAMA
penyanyi dan pelakon Malaysia yang kini berpangkalan di Taiwan, Soo Wincci
tiba-tiba hangat diperkatakan selepas bertindak mendesak Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak meletak jawatan.
Soo
Wincci yang juga bekas ratu cantik Malaysia 2008/2009 ini melakukan desakan itu
menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook miliknya pada 30 Ogos
lalu.
Tidak
takut sebarang ancaman, Soo Wincci mengakui sanggup menerima padah termasuk
disenaraihitamkan oleh mana-mana pihak akibat tindakannya itu.
Menurut
Soo Wincci, sebagai selebriti dia berani bertindak sedemikian kerana mahu
menjadi wakil buat rakyat yang menentang pentadbiran perdana menteri dan
bersedia sekiranya dilucut taraf kerakyatan.
“Sebelum
memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang
bakal diterima.
“Andai
kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara
itu,” katanya kepada mStar Online.
Tambahnya,
dia tidak berniat melukakan hati mana-mana pihak namun tindakan yang dilakukan
adalah demi generasi masa hadapan.
Untuk
makluman anda, minggu lalu, Soo Wincci telah memuat naik video perhimpunan
Bersih 4.0 sambil meluahkan rasa terharu melihat masyarakat turun menyertai
perhimpunan itu.
Pada
masa yang sama, selebriti ini turut mendesak Najib meletak jawatan segera
ekoran sudah lama perdana menteri itu mentadbir negara selain begitu selesa
dengan kedudukannya sekarang. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Beliau sedia di lucutkan taraf kerakyatan .! Soo Wincci sanggup hadapi apa saja selepas mengeluarkan statement berkenaan.... dahsyat.!! Kenyataan apa tu ye. Memang keras hukuman tu"
Post a Comment