Nampak gaya, musim pasangan bintang di
Hollywood mengakhiri ikatan perkahwinan mereka masih belum
berakhir.
Mengikut jejak langkah pasangan Ben Affleck dan Jennifer Ganner serta pasangan Gwen Stefani dan Gavin Rossdale yang berpisah selepas bertahun-tahun berkahwin, kini penyanyi genre pop/rock, Avril Lavigne pula menemui jalan mati dalam rumah tangganya.

Menerusi laman sosial Instagram Avril,
30, telah membuat pengumuman bahawa dia dan suaminya, Chad Kroeger akan berpisah
selepas 2 tahun berkahwin.
Chad Kroeger, 40, yang juga seorang
penyanyi serta tonggak utama kumpulan Nickelback telah berkahwin dengan pelantun
lagu Complicated itu pada Julai 2013.
Bagaimanapun punca mereka membuat keputusan
untuk berpisah masih lagi tidak didedahkan oleh mana-mana
pihak.-mynewshub
0 Response to "Avril Lavigne, Chad Kroeger Berpisah Lepas 2 Tahun Kahwin"
Post a Comment