
Kuala
Terengganu : Orang ramai yang melalui Jalan Budiman, di sini,
digemparkan dengan gelagat membahayakan seorang lelaki dipercayai kurang siuman
yang berkeliaran di sekitar kawasan berkenaan, pagi semalam.
Dalam insiden jam 7.20 pagi,
kehadiran lelaki berusia lingkungan 20-an itu menarik perhatian orang ramai
terutamanya ibu bapa yang menghantar anak ke SK Seri Budiman dan SMKA Sheikh
Abdul Malek, di sini, sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di jalan
tersebut.
Menurut seorang saksi yang enggan
dikenali berkata, lelaki dipercayai berasal dari kampung berhampiran sebelum itu
dilihat bermain di bahu jalan di hadapan pintu pagar SK Seri
Budiman.
![]() |
Datuk Che Mat Jusoh |
“Bagaimanapun, tindakan agresifnya
sepak kon yang ada di tepi jalan hingga ada yang terkena penunggang motosikal
telah timbulkan kekecohan.
“Orang ramai yang jadi mangsa
keadaan apabila kon yang disepak terkena kenderaan mereka cuba belasah lelaki tu
mungkin mereka tak sangka orang tu tak siuman.
“Tapi.. situasi tegang itu berjaya
diredakan oleh beberapa orang yang ada di lokasi berkenaan sebelum bertindak
menghubungi pihak polis untuk bantuan,” katanya yang ditemui di lokasi
kejadian.
Jelasnya, bapa kepada lelaki itu
yang tiba beberapa minit kemudian turut gagal memujuknya sehinggalah akhirnya
dia terpaksa minta bantuan mantan Pegawai Pembangunan Dun Batu Buruk, Datuk Che
Mat Jusoh.
“Bapanya terpaksa pergi ke rumah
Datuk Che Mat untuk minta bantuan kerana anaknya memaklumkan yang dia hanya akan
balik ke rumah dengan menaiki kereta Datuk Che Mat,” katanya.
Sementara itu, Datuk Che Mat
ketika dihubungi berkata, lelaki tersebut merupakan jirannya dan dua hari
sebelum ini mereka ada bersembang selepas pulang solat dari Masjid Kampung
Nibong, di sini.
“Saya kenal dia dan keluarganya
kerana kami berjiran, saya tahu dia memang ada masalah mental, cuma sebelum ini
dia tak pernah ganggu ketenteraman awam.
“Jadi, tadi (semalam) sebaik dapat
tahu yang dia di luar kawalan hingga ganggu orang awam di situ, saya terus ke
lokasi untuk memujuknya, lebih-lebih lagi bapanya memaklumkan yang dia hanya
akan balik ke rumah dengan saya.
“Alhamdulillah, dia akur dengan
arahan saya meskipun pada mulanya dia bertindak agresif dengan memanjat bumbung
kereta saya dan membuat aksi ala 'Spiderman' tapi akhirnya setelah dipujuk dia
turun dan terus masuk dalam kereta," katanya.
Kata beliau, sebaik lelaki itu
masuk dalam kereta dia terus menghantar lelaki tersebut pulang ke rumah kerana
bimbang dia akan bertindak lebih agresif yang boleh jejaskan keselamatan dirinya
dan orang awam di situ.-
Sinar Harian
0 Response to "(5 Gambar) Lelaki Panjat Audi Gemparkan Orang Ramai, Dia Mahu Di Pujuk Oleh Datuk Che Mat Jusoh ?"
Post a Comment