Temerloh
: Remaja lelaki yang koma selepas motosikal ditunggang dirempuh Toyota Hilux
dipandu seorang ketua kampung di sini dalam kejadian pada 9 September lalu
meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
(Hoshas), kelmarin.
Mangsa,
Mohamad Kamarul Ikmal Mohamad, 15, yang parah akibat dirempuh Toyota Hilux itu
meninggal dunia selepas lapan hari dirawat di ICU.
Dalam
kejadian membabitkan lima kenderaan itu, mangsa dirempuh Toyota Hilux dipandu
seorang ketua kampung menyebabkan mangsa tercampak bersama motosikal yang
ditunggang.
Menurutnya,
kejadian berlaku apabila sebuah Toyota Hilux dari arah bandar Mentakab menghala
ke Temerloh melanggar lampu isyarat merah lalu merempuh sebuah motosikal yang
cuba melintas jalan dari Jalan Bahagia ke Jalan Aman.
Kes
disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kini ditukar
kepada Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Al-fatihah
0 Response to "(4 Gambar + Video) Dirempuh Hilux, 10 hari bertarung nyawa akhirnya Ikmal pergi"
Post a Comment