Kuala
Terengganu : Malang bagi dua lelaki berusia lingkungan awal 20-an apabila mereka
dibelasah penduduk kampung yang berang dengan penglibatan suspek dengan
penjualan pil kuda dan mencuri motosikal dalam kejadian di Kampung Binjai
Berambu, dekat sini malam tadi.
Akibat
teruk dibelasah, salah seorang daripada suspek cedera parah sebelum kedua-duanya
diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Seorang
saksi yang enggan dikenali berkata, dua lelaki itu sebelum ini diintip dan
dijejaki penduduk kampung kerana disyaki kerap terlibat dalam beberapa kes
kecurian motosikal milik penduduk kampung berkenaan dan kampung
sekitar.
Berikutan
itu, kedua-dua suspek telah ‘diumpan’ sebelum diberkas di kampung berkenaan
dalam kejadian selepas solat isyak malam tadi.
Sebelum
kejadian, beberapa ‘pertemuan’ telah diatur malam tadi antara beberapa penduduk
dengan suspek bermula di Kampung Durian Burung seterusnya ke Kampung Wakaf
Beruas yang kemudiannya bersetuju ‘berurusan’ di Kampung Binjai
Berambu.
Difahamkan,
setiba di kampung berkenaan, kedua-dua pemuda terbabit berjaya diumpan sebelum
mereka dikepung sekumpulan penduduk kampung di situ dan dibelasah.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd. Rafar
ketika dihubungi petang ini mengesahkan ada tangkapan dilakukan membabitkan dua
lelaki tersebut.
Beliau
bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya namun menambah, seorang daripada
suspek ditahan reman bermula hari ini untuk siasatan lanjut manakala rakannya
yang cedera parah kini dirawat di hospital. -Utusan Online
0 Response to "4 Gambar : Padah curi motor dan edar pil kuda dua lelaki teruk di belasah"
Post a Comment