![]() |
Ileana Matin Shauki |
Perkara
itu disahkan oleh pembantu peribadinya, Marcella yang memberitahu, hero filem
Soal Hati itu dikawal rapi oleh doktor dan beliau memerlukan rehat secukupnya
untuk kembali sihat.
Katanya,
Afdlin mula mengadu tidak sihat sejak seminggu lalu, namun beliau dibawa ke
pusat perubatan tersebut kelmarin kira-kira pukul 4 petang selepas badannya
terasa amat lemah.
“Pada
awal dimasukkan ke hospital, suhu badannya mencecah 40 darjah Celsius. Awal pagi
tadi (semalam), suhu badannya turun kepada 37.7 darjah Celsius tetapi naik
semula kepada 37.9 darjah Celsius.
“Apa yang
lebih membimbangkan apabila keadaan platlet darah Afdlin semakin rendah,”
katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurutnya,
akibat demam denggi itu, Afdlin terpaksa membatalkan beberapa aktiviti dalam
jadual seninya termasuklah program Super Spontan All Star yang dijadualkan
berlangsung pada Jumaat lalu. -BS
0 Response to "3 Gambar : Akhirnya Afdlin tewas di peluk Ileana"
Post a Comment