
10
tahun dalam dunia IT, akhirnya aku pasrah dan menyerah kalah. Aku masih ingat
lagi ketika aku mula-mula mengenal apa itu Pascal, C++, Visual Basic, PHP,
database, network, Linux, semuanya sangat indah.
Setelah
tamat ijazah, aku melangkah ke industri ICT tanah air dengan semangat yang
berkobar-kobar, nak mengikut jejak langkah Bill Gates, Linux Torvalds, Tim
Berners-Lee dan Kevin Mitnick.
Pengalaman
mengajar aku pahit manis industri IT yang semakin hari semakin mencabar serta
semakin hilang taringnya jika dibandingkan ketika lewat 90'an dan awal
2000.
Aku
baru sahaja menghantar notis 24 jam sebagai programmer di salah sebuah syarikat
IT kecil di sekitar Cyberjaya walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan
tindakan aku ini. Banyak sebab kenapa aku hilang rasa cinta pada bidang ini.
Antaranya adalah:
1.
KARENAH CLIENT YANG PELIK (CLIENTS FROM HELL)
Function
kami sebagai programmer adalah untuk menghasilkan sebuah sistem aplikasi baru
untuk client berdasarkan brief yang diberikan. Kami sudah dilatih untuk bermain
dengan fungsi, konsep, algoritma dan pengolahan idea. Oleh itu, dengarlah
nasihat dan cadangan kami.
Apa
gunanya mengupah kami sebagai programmer kalau tidak mahu mengikut cadangan dan
proposal yang kami sediakan? Kami tahu apa yang anda mahukan dan kami boleh
bekerja mengikut spesifikasi projek.
Jadi,
tolonglah jangan bagi idea pelik-pelik dan meminta yang bukan-bukan dari kami.
Situasi ini sering terjadi jika client yang dibincangkan terdiri dari
badan-badan kerajaan. Aku sangat sedih dengan mentaliti orang kita.
“Tak
boleh pakai color ni, nanti diorang ingat website pembangkang pulak.”
“Mana
gambar Dato’ / Datin / Menteri / KSU / Dr?”
“Boleh
tak pakai gambar ni? Dan besarkan?” (bagi gambar kecil dalam words.
Celaka!)
"Saya
nak kalau dia klik je button ni, data dari semua agensi seluruh negara akan
disimpan kurang dari 10 saat?"
"Boleh
tak buat borang online yang tak perlu nak taip banyak sangat, pakai niat sahaja
dah habis isi."
Maka
akan terhasillah sistem aplikasi atau laman web yang aneh dan menyakitkan hati
seumpama iklan ubat besarkan saiz za-kar di Facebook, iklan jamu dan ubat
jerawat seperti di dalam majalah Mastika atau sistem Gomen yang lebih
mementingkan membodek serta #ass-kissing orang atasan dengan mesej yang cuba
disampaikan dalam aplikasi tersebut.
2.
GAJI KECIL KERJA BANYAK
Perkara
ini memang sudah menjadi tradisi dalam industri ICT di Malaysia. Walaupun dalam
resume sudah tertera pengalaman bekerja yang agak memuaskan, kebanyakan syarikat
masih akan mengambil pekerja IT dengan gaji yang kecil. Alasannya? Tiada sijil
professional dari Cisco, Microsoft, ORacle, Red Hat dan lain-lain.
"Habis
tu? Apa point belajar degree sampai 4 5 tahun?"
3.
WAKTU KERJA TIDAK MENENTU
Satu
lagi tradisi yang menjadi trademark industri ICT. Masuk kerja awal, bawal lewat.
Kadang-kadang hingga lewat pagi. Kenapa kami selalu kena stayback? Baca
point-point berikutnya.
4.
PERANGAI BOS / SUPERVISOR / PROJECT MANAGER (KONONNYA) / CLIENT YANG SANGAT
MENJENGKELKAN
Mari
aku terangkan dengan teliti apa yang berlaku. Bagi sebuah projek pembangunan
aplikasi atau website, untuk sampai ke tahap final, sistem aplikasi atau website
yang akan dibangunkan untuk sesuatu projek, kami perlu mendapatkan pengesahan
daripada mereka-mereka dalam senarai ini.
Memang
kami tidak pernah akan mencapai final design dalam masa yang singkat atau dalam
rekaan idea yang pertama. Bila semua perlu ditukar, tambah itu ini, tukar
gambar, tukar color, tukar function, tukar button, tukar tuisan, tukar field,
tukar database, tamabah module, ada sahaja yang tidak kena.
Apabila
amendment sudah siap, orang-orang yang bertanggungjawab bagi idea-idea yang
mengarut akan menghilangkan diri. Balik awal atu meeting. Jahanam! Agak mustahil
boleh buat sesebuah aplikasi dengan cepat dan mudah. Yang memeningkan kami,
progress mesti on time. Kalau lambat, programmer yang akan kena maki dulu.
Walhal, progress kerja kami tergendala dek kerana mereka-mereka yang tidak
bertanggungjawab.
Mereka
akan maki, marah, kutuk dan bermacam-macam lagi perbuatan yang boleh mencabar
kesabaran kami. Sedangkan mereka tahu orang atasan yang patut lebih peka dan
membantu kami menyiapkan projek. Biadab!
Maka
berduyun-duyunlah programmer berkampung di office kerana nak menyiapkan projek
sebab petang tadi time orang punch out balik, baru design nak approve, siap ada
amendment, esok pagi bos / client nak tengok. Tak ke celaka sungguh perangai
mereka ini?
5.
LAMBAKKAN FREELANCE DEVELOPER YANG MENYEDIAKAN SERVIS DENGAN HARGA YANG LANGSUNG
TIDAK MASUK AKAL
Keadaan
ini telah menyebabkan industri IT negara dipandang enteng, murah dan tiada
standard. 10 tahun dulu, upah untuk membuat satu muka surat web page pun sudah
boleh mencecah sehingga RM500. Sekarang, RM100 untuk keseluruhan web page pun
tidak mustahil lagi.
Ada
orang pernah tanya aku nak buat sebuah dynamic website siap dengan database,
offer aku RM100. Aku tidak semurah itu. Bukan berlagak, bukan takbur tetapi apa
gunanya kami berhabis belasan ribu ringgit, bertungkus lumus menceburi bidang
ini dan akhirnya mengambil bayaran seciput itu untuk memuaskan hati client yang
tahap cerewetnya mengalahkan artis?
6.
TANGGAPAN MASYARAKAT - KERJA BIDANG IT KERJA MUDAH
Ramai
yang ingat asal kerja dalam bidang IT je, kerja mudah cuma duduk depan PC
taip-taip program, angkat printer, pasang PC, cucuk-cucuk kabel network dan
sebagainya.
Anda
semua ingat senang ke nak bangunkan sebuah aplikasi atau install web server dan
database atau configure sebuah switch network?
Untuk menyiapkan satu page website yang lengkap pun makan masa, apatah lagi proses nak design workflow dan function. Bagi mereka mudah sahaja,
Untuk menyiapkan satu page website yang lengkap pun makan masa, apatah lagi proses nak design workflow dan function. Bagi mereka mudah sahaja,
"Taip-taip
keyboard je"
"Ala,
kerja korang cucuk-cucuk kabel je, senang la.
"Kalau
setakat nak pasang PC, aku pun boleh,"
Kalau
aku boleh siku, aku dah siku dah muka korang masing-masing.
7.
CERTIFIED SOFTWARE EXPERT LAGI MASYUK DARI KERJA IT BIASA
Aku
hanya mampu melihat dengan mata putih kejayaan orang IT yang memilih haluan
menjadi pakar dalam jenama software-software tertentu seperti SAP, Cisco, Oracle
dan lain-lain. Malah ada di antara mereka tiada degree dalam bidang sains
komputer atau IT tidak perlu belajar 4 5 tahun pun. Cukup dengan mengambil
professional certificate dengan kursus selama 5 hari dah boleh menjadi seorang
software expert dengan gaji berkali-kali ganda dari yang kerja dalam bidang IT
biasa.
Ex
student Science Comp atau IT? Ramai kawan-kawan aku lari bidang. Ada yang jadi
polis, kastam, imigresen, PTD, balik kampung jaga lembu, buat bisnes MLM. Life
is hard.
8.
LAMBAKKAN CRASH COURSE DAN CD TUTORIAL YANG TERSANGATLAH MURAH
Ibarat
sayur di pasar, begitulah murahnya nilai ilmu dan skill dalam industri IT.
Banyak lambakkan buku dan tutorial seperti "Learn _____ in 3 Days", "IT For
Dummies" yang dijual di pasaran. Malah boleh dimuat turun sebagai ebook di
internet dan yang lagi menariknya, mereka yang belajar sendiri dan tidak
mendapat pendidikan yang formal di institusi-institusi tempatan pun boleh buat
berkali lebih hebat daripada yang belajar sampai pecah otak.
Kami
berhutang puluhan ribu dengan gomen semata-mata untuk mendapatkan ilmu dah
rahsia dunia IT dan mengambil masa hampir 5 tahun. Sekarang, mamak buat teh
tarik pun dah boleh buat app sendiri.
9.
AKU BENCI DENGAN MENTALITI "TAK NAMPAK CIRI MALAYSIA PUN SISTEM
NI?"
Kenapa
semua benda nak nampak Malaysia?
Ada
sebab kenapa kami rujuk pada gaya dan vibe international. Untuk bersaing dengan
industri IT dari luar, style dan influence industri kita mestilah sentiasa
up-to-date dan mempunyai ciri-ciri international.
Suka
atau tak, kau kena ikut trend semasa. Kau tak boleh nak buat design website atau
aplikasi seperti di zaman Windows 95 di zaman design minimalist Windows
8/Android/iOS ini. Kau duduk bawah tempurung tahun bila pun, tak tahulah.
10.
TEKNOLOGI IT BERKEMBANG TERLALU PANTAS
Ini
adalah masalah tersebar orang-orang IT. Teknologi IT itu sangat cepat dan
berkembang dengan lajunya sehingga sampai satu tahap selari dengan usia kau yang
semakin meningkat, otak kau dah tepu dan tak boleh nak follow lagi
teknologi-teknologi IT yang terkini.
Kalau
kau ambil medik, struktuk tubuh badan manusia yang kau belajar 20 tahun lepas,
begitulah juga struktur tubuh badan manusia sampai sekarang. Kau belajar
kejuruteraan awam, macam mana kau nak belajar buat infrastruktur jambatan 15
tahun lepas? Benda yang kau belajar itu masih boleh di'apply 15 tahun selepas
itu. Kau belajar arkitek, macam mana kau nak belajar design rmah 10 tahun lepas?
Macam itu jugalah yang kau praktikkan sekarang.
Tetapi
kalau kau belajar IT, baru kau belajar PASCAL. 5 tahun selepas itu, orang dah
tak guna PASCAL, baru kau nak kenal Windows 98. 2 tahun kemudian, keluar
Windows 2000. Kalau dulu kau belajar Visual Basic, 5 tahun lepas itu orang dah
guna .NET.
Baru
kau berjinak-jinak dengan PHP, sekarang dah keluar bermacam-macam PHP framework.
Kalau ada masa belajar dulu network semua guna kabel. Beberapa tahun selepas itu
dah keluar pula teknologi wireless. Kalau kau chatting guna mIRC dan ICQ,
sekarang orang banyak gunakan WhatsApp dan Hangout. Last-last, apa yang kau
belajar 5 ke 10 tahun lalu di universiti, kebanyakkannya tidak boleh
pakai.
Last-last,
generasi tua IT yang otak dah tepu nak belajar teknologi-teknologi baru ini
hanya layak menjadi mandur mengarahkan budak-budak muda buat kerja. Situasi ini
kau boleh jumpa terutamanya di kalangan pegawai-pegawai teknologi maklumat yang
kerja dengan kerajaan.
Kebanyakkan
pegawai-pegawai IT ynag dha tua dan yang pangkatnya seakin tinggi ini (bukan
semua tetapi kebanyakan) langsung tidak boleh dijadikan sebagai tempat rujukan
kalau ada masalah bab-bab terknikal kerana teknologi IT terlalu cepat
berkembang.
Mereka
pula tidak pernah nak explore teknologi-teknologi baru. So, at the end, kalau
ada masalah teknikal, diraogn tak boleh nak menjawab atau tolong seesaikan
masalah yang berkaitan dengan hal-hal teknikal. Pegawai-pegawai IT muda atau
programmer inilah yang kena mencari solution sendiri di internet.
Berbeza
dengan bidang lain seperti doktor, jurutera, artikek, peguam dan lain-lain,
makin kau tua dan berpengalaman, pengetahuan dan kepakaran kau yang semakin
tinggi dan bernilai. Yang IT ini, semakin kau tua, pengetahaun dan kepakaran kau
10 tahun yang lalu sudah tidak berilai sangat pun pada hari ini. - BUASIR
OTAK
0 Response to "10 SEBAB AKU MENYESAL BELAJAR SAINS KOMPUTER'"
Post a Comment