Kononnya air ketika kita mandi akan masuk
melalui liang-liang roma sebelum terkumpul dibahagian paru-paru. Sejauh mana
kebenarannya? Jom kita ketahuinya disini
Punca
Penyakit Paru-Paru Berair
Paru-paru berair terjadi apabila berlakunya
pengumpulan cecair berlebihan dalam paru-paru kita.
Jangkitan paru-paru berair terbahagi pula kepada
dua iaitu Pulmonari Edema (PE) dan Pneumonia.
1.
Pulmonari Edema
Pulmonari Edema adalah pengumpulan air
berlebihan pada ruang tisu dan organ. Kesannya, paru-paru bengkak dan
berair.
Punca berlakunya penyakit ini adalah disebabkan
oleh kecederaan pada permukaan paru-paru dan kegagalan fungsi kiri jantung.
Maka, kepercayaan sesetengah pihak bahawa ianya berpunca daripada kemasukan air
ketika mandi adalah salah.
2.
Pneumonia
Manakala penyakit Pneumonia pula disebabkan oleh
jangkitan bakteria atau virus dalam paru-paru yang menyebabkan keradangan
berlaku.
Malah, Pneumonia juga boleh dijangkiti melalui
udara yang disebarkan menerusi air liur dan hingus pesakit. Sekali lagi, ia
bukan berpunca dari mandi malam.
3.
Nanah
Cecair yang terdapat dalam paru-paru pula
bukanlah sama seperti air yang kita minum atau air paip yang dikatakan masuk
kedalam paru-paru ketika mandi, tetapi ia adalah cecair yang dipenuhi nanah yang
banyak malah adakalanya bercampur darah dan bendalir tubuh.
Tanda-Tanda
Penyakit Paru-Paru Berair
Tanda-tanda yang boleh dilihat biasanya pesakit
akan mengadu mengalami batuk, sakit dada dan sukar bernafas apabila melakukan
kerja-kerja ringan.
Pada peringkat awal, rawatan akan dilakukan
dengan menggunakan imbasan x-ray pada dada. Kemudian, pemeriksaan darah dan
pemeriksaan fungsi paru-paru akan dilakukan.
Kesimpulan
Oleh itu, jika anda mengalami masalah sukar
bernafas, mudah penat dan merasa tidak cukup oksigen meskipun hanya melakukan
kerja-kerja ringan, segeralah datang berjumpa doktor supaya anda mendapat
rawatan sebelum terlambat kerana penyakit ini boleh membawa maut.
0 Response to "Wajib Baca ! Bahaya Apabila Kerap Mandi Malam Punca Paru-Paru Berair"
Post a Comment