Hot !

[VIDEO] NGERI !!! Wartawan Dan Jurukamera Maut Ditembak Ketika Siaran Langsung

(scroll ke bawah untuk melihat video)
SEORANG wartawan dan jurukamera stesen televisyen rangkaian CBS mati dibunuh ketika sedang bersiaran langsung apabila mereka diserang dalam satu insiden tembakan di Roanoke, Virginia, Amerika Syarikat.

Mangsa, Alison Parker, 24; dan Adam Ward, 27; ketika kejadian sedang menemuramah Pengarah Dewan Perdagangan Smith Mountain Lake, Vicki Gardner untuk satu program pagi menerusi saluran WDBJ-TV.

Video kejadian turut disiarkan secara ‘live‘ di mana tembakan yang mengorbankan kedua-dua mangsa itu membuatkan rakan wartawan yang berada di studio berita dan penonton program berkenaan terkejut.

Pembunuh tersebut, Vester Lee Flanagan atau lebih dikenali sebagai Bryce Williams, 41; dilaporkan dalam keadaan kritikal apabila dia cuba membunuh dirinya sendiri selepas kejadian pada pagi Rabu berkenaan.

Motif kejadian itu dipercayai membalas dendam kerana suspek pernah dipecat stesen televisyen tersebut apabila sering mengadu menjadi mangsa diskriminasi dan perkauman dengan rakan-rakan sekerjanya.

(Amaran: Rakaman video mengandungi unsur ganas)



NGERI !!! Wartawan dan jurukamera mati ditembak ketika siaran secara langsung.Video dirakam oleh pembunuh itu sendiri.BERITA PENUH : http://bit.ly/1i5ku7L
Posted by Berita Malaysia Kini on Thursday, August 27, 2015

Menerusi video, kedengaran lebih daripada enam das tembakan dilepaskan yang disusuli jeritan daripada Alison dan Vicki akibat ketakutan.

Stesen berkenaan dengan segera menutup siaran temuramah tersebut beberapa saat selepas kejadian.

Gambar suspek telah pun berjaya diambil dari video kamera jurukamera yang maut.


Dalam perkembangan terbaru, Gabenor Virginia berkata penembak adalah seorang bekas pekerja yang tidak berpuas hati dengan stesen televisyen berkenaan.

0 Response to "[VIDEO] NGERI !!! Wartawan Dan Jurukamera Maut Ditembak Ketika Siaran Langsung"

Post a Comment