Seorang
lelaki sempat `berposing’ di depan sebuah pusat beli-belah bersama-sama pedang
sepanjang satu meter yang digunakan untuk menikam seorang wanita hingga mati,
lapor akhbar China.
Lebih
sadis suspek berkenaan dilihat masih lagi begitu berbangga tanpa mempedulikan
ramai orang lain yang secara kebetulan berada di situ tergamam.
Lelaki
tersebut yang hanya dikenali sebagai Gao telah mengejar wanita terbabit sebelum
menikam di dadanya di hadapan pusat beli-belah terkenal Uniqlo di
sini.
Meskipun
pihak polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan, namun media tempatan
menyifatkan kejadian ngeri itu sebagai satu serangan rambang
terpencil.
Selepas
ditikam, seorang pelancong Perancis cuba membantunya tetapi dia turut mengalami
kecederaan ketika merawat wanita itu yang berlumuran dengan darah.
Pelancong
asing terbabit dan wanita tersebut kemudian dikejarkan ke sebuah hospital
tempatan, namun wanita itu dilaporkan meninggal dunia tidak lama
kemudian.
Sementara
itu suspek berjaya ditahan polis dan siasatan masih lagi dijalankan bagi
mengetahui motif sebenar lelaki tersebut bertindak demikian. –
Agensi/Mynewshub.cc
0 Response to "Video : Lelaki selamba berposing lepas tikam wanita hingga mati"
Post a Comment