Ramai
artis/celebrity yg meninggal di usia muda. Jom senaraikan nama2 mereka dan
sertakan alfatihah untuk mereka…
Acik
Spin
Dua
minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula
terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang
Seremban, dengan kereta Toyota Estima yang dipandu oleh sahabatnya terbabas.
Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17 April 2010.
Din
Beramboi
Pelawak
dan DJ radio popular Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) meninggal dunia
pada usia 44 tahun kerana mengidap demamDenggiberdarah, di Hospital Selayang,
Kuala Lumpur pada 2 April 2010. Pemergian Allahyarham disaksikan oleh ahli
keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa
Raziah.
Datuk
Sosilawati Lawiya (Tokoh Korporat)
Sebelum
umat Islam menyambut kemeriahan Syawal tahun ini, rakyat Malaysia telah
dikejutkan dengan kehilangan bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati
Lawiya, 47. Kematian jutawan kosmetik sensasi ini mencatat rekod jenayah baru
apabila kematiannya dipercayai telah dibunuh oleh 7 suspek. Lebih tragis,
pembunuhan ini turut melibatkan kakitangan Sosilawati yang setia berkhidmat
untuknya. Hasil penyiasatan, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah
dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai
Morib, Selangor.
Faizal
Yusof
Al
Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan
meninggal dunia. Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung. Allahyarham
meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang
tadi.
Jenazah
Allahyarham akan dikebumikan jam 10 pagi (2 Januari 2011). Semoga segalanya
dipermudahkan. Al-Fatihah.
Yanie
Mentor
Yanie Mentor (Siti
Suriane Julkarim) meninggal dunia kerana penyakit ketumbuhan pada paru-paru pada
21 Mac 2010. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital
Keningau, Sabah. Foto kredit : mybloghub.my
ARTIS
INDONESIA VALIA RAHMAN MENINGGAL DUNIA DI USIA 27
Pengacara
dan artis kelahiran Jakarta Indonesia Valia Rahma telah meninggal dunia selepas
sembilan hari koma akibat terbabit dalam satu kemalangan di Bali baru baru ini
Menurut sumber Lagi artis filem Hantu Jeruk Purut menghembuskan nafas
terakhir
Al
Fatihah… Bekas Suami Atilia Meninggal Dunia Kerana Barah. Ariff Johan meninggal
dunia pada usia 42 tahun akibat penyakit kanser hati. Kematian Ariff Johan telah
disahkan sendiri oleh penyanyi evergreen, Salamiah Hassan yang juga adalah bekas
ibu mertuanya.
ARIFF
JOHAN BEKAS SUAMI PENYANYI ATILIA MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER HATI
0 Response to "Senarai Artis Malaysia Yang Meninggal Pada Ketika Usia MUDA"
Post a Comment