Setelah pelbagai spekulasi timbul sejak
akhir-akhir ini tentang hubungan kasih yang terjalin antara pelakon popular,
Nora Danish dan Nedim Nazri, akhirnya empunya diri membuka mulut
mengesahkan bahawa cinta antara mereka sudah terputus di tengah jalan.
Dalam satu laporan yang disiarkan portal MStar,
Nora, 33, berkata, keputusan untuk memutuskan hubungan tersebut dibuat
bersama bekas teman lelakinya itu.
Walau bagaimanapun, pelakon watak Puteri dalam siri popular arahan Aziz M Osman itu enggan mengulas lanjut tentang punca perpisahan mereka berdua.
“Lagipun cinta tidak seharusnya dimiliki. Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Saya tidak mahu cerita panjang-panjang lagi,” ujarnya kepada portal berkenaan.
Sebelum ini, keretakan hubungan kedua-dua mereka mulai dihidu pihak media dan peminat setelah masing-masing tidak lagi memuatkan foto bersama dalam akaun Instagram seperti yang selalu dilakukan.
Kedua-duanya mula dikatakan bercinta sekitar dua tahun lalu, namun baik Nora mahupun Nedim yang turut dikenali sebagai BossNed, enggan mengakuinya.
Tapi lama kelamaan, mereka semakin terbuka berkongsi hubungan tersebut terutamanya melalui gambar dan kapsyen di laman sosial.
Patah tumbuh hilang berganti. Apa-apapun, diharapkan Nora dan Nedim terus tabah menghadapi ‘dugaan’ ini…

– mynewshub
0 Response to "Punca Hubungan Cinta Nora Danish, Nedim Putus Di Tengah Jalan"
Post a Comment