Seorang
pemuda bernama Joe memilih jadi pengemis di sekitar Manhattan, New York. Namun
Joe bukan pengemis sembarangan kerana pemuda 26 tahun ini telah menjalani gaya
hidup lelaki kaya yang dikelilingi ramai wanita. Bermodalkan empat pasang baju
dan rayuan hebat, Joe dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan 156 wanita selama setahun. Joe
bahkan mengaku pernah ditawarkan menginap di rumah mereka selama berhari-hari
oleh wanita yang ditemuinya.
Pada siang
hari, Joe akan menjalankan pekerjaannya sebagai pengemis. Dia juga sering datang
ke kedai-kedai sekitar Manhattan untuk mencari sampel percuma produk penjagaan
tubuh seperti deodoran dan gel rambut. Kadangkala dia akan menghabiskan wang
hasil mengemisnya untuk menjaga penampilannya.
Menurut
Joe, di hanya pergi ke kedai untuk merapikan rambut dan menyembur deodoran agar
tidak kelihatan seperti gelandangan dan menggoda mana-mana wanita yang
disukainya.
Dalam
menjalankan aksinya, Joe memilih gadis secara rawak. Dia akan merayu dan
bersedia untuk mengahwini mereka. Joe mengaku menjadi gelandangan kerana diusir
ibunya yang kerana terlibat dengan dadah. Namun Joe tidak menyesal. Walaupun
demikian Joe berpesan agar lelaki lain tidak meniru apa yang dilakukannnya.
Sebenarnya Joe merupakan sebahagian daripada gelandangan yang mempunyai
pendapatan yang tinggi di bandar-bandar besar di seluruh dunia.
0 Response to "PENGEMIS YANG TERLALU KACAK SEHINGGA MENIDURI RATUSAN WANITA SETAHUN"
Post a Comment