Lihat sahaja adik-beradik Kardashian. Semuanya terkenal dan boleh dikatakan mereka menumpang populariti antara satu sama lain walaupun masing-masing mempunyai kerjaya sendiri.
Namun, berbeza dengan di sini dimana
adik-beradik yang bergelar selebriti ini mampu berdiri dengan usaha mereka
sendiri.
Memetik Tupai.com, berikut disenaraikan
adik-beradik bergelar selebriti popular di Malaysia:
Pierre Andre & Mikail Andre
Adik-beradik ini merupakan anak kepada pelakon
veteran Khadijah Tan yang terkenal dengan rancangan sitkom “Pi Pi Mai Tang Tu”.
Pierre Andre yang mula-mula sekali menceburi bidang lakonan menerusi filem
“Potret Mistik” pada tahun 2005. Bermula sebagai seorang pelakon, Pierre Andre
kini bergelar seorang pengarah. Jejak langkahnya diikuti oleh adiknya Mikail
Andre yang kini berusia 23 tahun. Boleh dikatakan mereka ini mempunyai darah
seni.
Shamsul Yusof & Syafiq Yusof
Kedua-duanya memulakan kerier sebagai pelakon
demi untuk mempelajari selok-belok dunia perfileman. Anak kepada pengarah
terkenal Datuk Yusof Haslam ini, mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi
seorang pelakon dan juga pengarah filem. Lebih membanggakan, kedua-dua pengarah
muda ini sudah pun menggondol anugerah menerusi hasil karya mereka. Bak kata
pepatah, bapa borek anak rintik.
Elfira Loy, Ezlisa Loy & Ahmad Ezzrin
Loy
Adik-beradik Loy ini memang sehati sejiwa sejak
dari awal mereka menceburkan diri dalam bidang lakonan. Apa yang pasti
ketiga-tiga mereka memang berbakat besar seawal dari kecil. Walaupun Elfira
selaku kakak, dilihat lebih menyerlah, namun mereka tidak pernah mencemburui
antara satu sama lain. Lebih menarik lagi, Ezlisa dan Ezzrin juga pernah
berlakon sama menerusi rancangan “Oh! My English”.
Yaya, Shikin, Chacha, & Emma
Maembong
Anak perempuan kepada Ismail Embong ini, memang
semuanya cantik-cantik dan berbakat dalam lakonan. Pada mulanya hanya nama
Chacha dan Emma sahaja yang dikenali, namun selepas itu, kedua-dua kakak mereka,
iaitu Yaya dan Shikin juga mula mencipta nama. Kalau dah adik-beradik, pasti
mereka tidak akan terlepas ditanya mengenai perhubungan mereka. Namun, baru-baru
ini industri hiburan dikecohkan dengan kisah Chacha dan bapanya. Tetapi semuanya
sudah selesai. Bak kata pepatah, seperti air dicincang tidak akan putus.
Begitulah perghubungan keluarga.
Eira Syazira & Syafnida
Nama pelakon Eira Syazira mula dikenali
menerusi lakonannya yang membawakan gadis nerd menerusi slot drama TV3 satu
ketika dahulu. Boleh dikatakan Eira diantara pelakon drama yang menjadi pilihan
untuk menghiasi drama-drama di televisyen. Kini adiknya, Syafnida turut mengikut
jejak langkah kakanya itu. Kini wajahnya mula kelihatan menerusi drama TV3
“Cinta Ilahi”. Selain itu juga, Syanida juga dikatakan berlakon bersama abang
iparnya Azad sebagai suami isteri. Boleh dikatakan wajah adik-beradik ni hampir
sama dan ramai yang menganggap mereka adalah adik-beradik kembar.
Farid Kamil & Fadzil Zahari
Siapa yang tidak mengenali hero pujaan ramai
Farid Kamil. Namun, nama adiknya iaitu Fadzil Zahari mula menjadi sebutan sejak
sah menjadi suami kepada pelakon terkenal Yana Samsuddin. Namun mungkin ramai
yang tidak tahu, Fadzil juga merupakan seorang pelakon. Pada awalnya, dia
merupakan pembantu peribadi abangnya sendiri. Dia kemudiannya berjinak-jinak
sebagai penulis skrip. Antara skrip filem yang dihasilkannya ialah filem
“Kongsi” dan “Bini-biniku Gangster”. Memang adik-beradik yang berbakat besar.
Jika dilihat pada rupa Fadzil juga saling tidak tumpah seperti abangnya.
Aliff Aziz & Aishah Aziz
Alif Aziz bukanlah nama yang asing dalam
industri muzik Malaysia walaupun dia berasal dari Singapura. Ketampanannya
membuatkan namanya mudah mendapat tempat di dalam industri hiburan tanah air.
Adiknya, Aishah Aziz yang merupakan bintang kelahiran dari program realiti
Akademi Fantasia 2013, kini semakin mendapat tempat di Malaysia. Tidak dinafikan
kedua adik-beradik ini mempunyai pakej lengkap sebagai penyanyi dan
penghibur.
Sharifah shahira & Sharifah
Sakinah
Pelakon, pengacara dan penyampai radio,
Sharifah Shahira, tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan tanah
air. Jika diikutkan, seorang lagi adik beradik Sharifah iaitu Sharifah Haslinda
juga merupakan seorang pelakon ketika zaman 90an. Kini, seorang lagi adiknya,
Sharifah Sakinah, pula yang mengikut jejak langkah kakak-kakaknya sebagai
seorang pelakon dan selebriti. Namun berbeza dengan kakak-kakaknya, nama Sakinah
menjadi viral dengan aksi ‘gila-gilanya’ di laman sosial miliknya.
Erma Fatima, Umie Aida & Betty
Rahmad
Mungkin ramai yang tidak mengetahui,
adik-beradik, Erma Fatima dan Umie Aida mempunyai seorang adik iaitu Betty
Rahmad, yang kini mula berjinak-jinak sebagai pelakon dan pernah muncul menerusi
drama bersiri popular “Adam dan Hawa”. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu,
Betty sudah menceburkan diri dalam dunia lakonan seawal usia 9 tahun. Boleh
dikatakan Betty juga berbakat seperti Umie Aida. Dimana dia juga boleh menyanyi.
Tidak dapat dinafikan ketiga-tiga mereka mempunyai bakat yang
besar.
sumber asal
sumber asal
0 Response to "MENARIK!! Inilah 10 Pasangan Adik-Beradik Selebriti Yang Anda Mungkin Tidak Kenal Tetapi Sebenarnya Cukup Terkenal Di Malaysia"
Post a Comment