Suatu
Masa dahulu nama Ayu Raudhah sentiasa menghiasi kaca-kca televisyen dengan
melakonkan pelbagai watak yang sudah pasti memberikan kesan yang menarik melalui
lakonannya.
Namun
sejak mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT),
Zaquan Adha Abdul Razak, pada 2011 lalu, beliau telah mengambil keputusan untuk
menumpukan perhatian kepada keluarga dan kini mereka telah dikurniakan dua orang
cahaya mata.
Tetapi
dalam kesibukan menguruskan keluarga Ayu sempat juga berlakon dan berjaya
melakar kejayaan tersendiri apabila tercalon sebagai Pelakon Pembantu Wanita
Terbaik menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah, pada Festival Filem
Malaysia ke-27 (FFM 27).
"Sudah
tentunya saya terkejut, tergamam dan teruja. Perasaan saya bercampur baur
sehingga tak tahu nak cakap apa.
"Alhamdulillah,
syukur di atas pencalonan ini. Walaupun hanya tercalon, tapi bagi saya ia
bagaikan satu pengiktirafan yang besar apatah lagi ini adalah yang kali
pertama.
"Malah,
saya juga akan menuntut janji dari suami yang memberitahu akan menemani jika
saya tercalon untuk mana-mana anugerah walaupun suami bukanlah seorang yang
gemar hadir ke majlis-majlis hiburan," katanya
dipetik dari Sinar Online.
Mengakui
merindu untuk kembali berlakon, aktress berkenaan mengakui mula mengehadkan
aktiviti seni sejak kelahiran anak keduanya, Muhammad Aisy Aryan yang kini
berusia setahun 3 bulan.
"Buat
masa ini, saya memang tidak berlakon kerana anak-anak masih kecil dan sedang
menyusu badan. Tambahan pula, saya kini menetap di Johor Bharu.
"Jadi,
ia menyukarkan sedikit pergerakan saya dan membuatkan saya terus berasa selesa
menjalani kehidupan sebagai suri rumah sepenuh tangga," katanya.
Jelasnya,
keputusan itu dibuat atas kerelaannya sendiri dan tidak dipengaruhi oleh
suaminya.
"Suami
adalah seorang yang sangat memahami dan menyokong apa sahaja yang ingin saya
lakukan.
"Walaupun
tidak berlakon, saya mempunyai perniagaan tudung Zeta En Rawdah di bawah koleksi
Padusi yang diusahakan bersama kakak, Rozita Che Wan. Setakat ini, saya lebih
selesa berniaga kerana waktunya yang fleksibel.
"Bahkan,
kadang-kadang suami akan ke luar negeri kerana tugasnya sebagai pemain bola
sepak, jadi saya akan pastikan salah seorang akan ada di rumah menjaga
anak," katanya.
-Siakapkeli.my
0 Response to "Janji Zaquan Adha kepada Ayu Raudhah memang tak MASUK AKAL..!!! 4 tahun akhirnya tertunai jua"
Post a Comment