
Ebit Lew,
seorang penceramah agama berbangsa Cina yang terkenal menceritakan tentang
keluhan dari seorang anak selepas beliau memberi ceramah.
Ini cerita beliau:
Keluhan hati anak dara umur 12
tahun…
Anak ni jumpa saya selepas ceramah minta autograf
buku.
Comel adik tu. Dia baca doa permulaan yang saya
selalu baca sebelum ceramah. Sedap betul suaranya..
Dia cakap, ustaz sayang anak ustaz tak? Comel anak
ustaz. Sama nama dengan saya. Ustaz, mak ayah saya tak sayang saya. Diaorang
cuma sayang adik saya jer..
Saya tanya macam mana tahu mak ayah tak sayang
adik.
Sebab diaorang tak pernah pandang saya masa saya
bercakap. Saya cakap jer saya kena marah. Saya tolong jaga adik. Adik menangis,
saya kena marah. Saya ambil botol susu adik. Saya lambat saya kena marah. Saya
tengok tv saya kena marah. Lambat bangun tidur saya kena marah. Adik buat sepah
saya kena marah. Adik menangis saya kena marah…
Semua yang mak ayah janji semua tak pernah beri.
Saya nak cerita semua kat mak ayah. Tapi mak ayah tengok tv jer..saya buat semua
salah dan asyik kena marah..
Ustaz, saya nak masuk asrama masa tingkatan 1.
Ustaz doakan yer. Supaya saya tak kena marah dan biar mak ayah sayang adik
jer.
Mak ayah saya garang sangat.
Saya sedih sangat. Teringat anak sendiri. Macam
tulah anak-anak ingat semua janji kita pada mereka. Lihat apa yang kita buat
pada mereka. Kita lebih sanggup mengadap hp dan gadget dari pandang muka
anak..erm…aduhai…sedihnya…apalah nak jadi mak ayah macam nie…kenapalah jadi
macam ni mak ayah orang Islam..
Kita sayang cium anak masa baby…semakin besar
kerana perkara lain kita lupa nak benar-benar sayang
mereka..
Bagi anak-anak cinta sayang ialah masa. Beri masa
dan dengar anak-anak yang semakin membesar…
Rahmat Allah turun bila kita peluk, dukung,
terbang, dengar cerita mereka.
Cerita Nabi nabi pada mereka. Kenalkan Nabi dan
sahabah.Cerita syurga dan neraka..banyakkan cerita rahmat dan
kebaikan..
Berilah masa kerana ini semua amanah yang akan
disoal nanti.
Pelajaran paling besar ialah iman mengenal Allah
dan Nabi saw.
Pengajaran yang utama selepas itu ialah
akhlak…kasih sayang..yang dia akan dapat lihat bagaimana kasih sayang yang kita
praktikkan..
Ya Allah maafkan kami kerana tidak buat sebaiknya
sebagai ayah dan ibu
Ebit Lew
___________
Balik kerja ini, kita peluk cium anak-anak sampai mereka happy.
___________
Balik kerja ini, kita peluk cium anak-anak sampai mereka happy.
0 Response to "IbuBapa, Mohon Ambil Pengajaran Dari Keluhan Seorang Anak Yang Sangat Menyedihkan Ini"
Post a Comment