Kenyataan
jelitawan Nora
Danish bahawa banglo RM 7.2 juta yang dibeli oleh anak menteri
pelancongan bukan untuk dirinya membuka ruang kepada pihak berkuasa untuk
menyiasat perkara itu, kata NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
SAMM
merujuk kepada kenyataan Nora
Danish kepada “Zass”, sisipan hiburan akhbarSinar
Harian semalam.
Seniwati
berstatus ibu tunggal dengan seorang anak itu dipetik sebagai berkata bahawa
banglo itu bukan dibeli untuk dirinya sebaliknya untuk ibu kepada Nedim, anak
kepada Datuk Seri Nazri Aziz.
“Dengan
pengakuan ini juga, SAMM menggesa pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN) agar bersedia untuk membuka fail siasatan ke atas anak Nazri Aziz,” kata
Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan.
Menurut Edy, terdapat beberapa persoalan sekitar pembelian banglo itu yang sehingga kini masih belum terjawab.
Menurut Edy, terdapat beberapa persoalan sekitar pembelian banglo itu yang sehingga kini masih belum terjawab.
Antaranya
berhubung kemampuan pembelinya membeli rumah dengan harga sedemikian, peratusan
wang tunai yang digunakan dalam pembelian itu, serta prosedur kelulusan
pembelian banglo tersebut oleh pihak bank.
Menurutnya
lagi, SAMM bersedia bekerjasama dan menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan
pembelian banglo itu kepada LHDN dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).
Sumber: Malaysiakini
0 Response to "Giliran Nazri Aziz - Padah, Nora Danish Buat Pengakuan KANTOIKAN Nedim Banglo 7.2 Juta"
Post a Comment