Hot !

(GAMBAR) ISTERI KEKASIH BERTATU ZARINA ANJOULIE TAMPIL BUAT PENDEDAHAN SUAMINYA ITU KAKI PUKUL?

Zarina-Anjoulie-Bercinta-Dengan-Kaki-Pukul-Isteri

Artis penuh kontroversi  Zarina Anjoulie tanpa segan silu telah memuat naik foto dicium dan di peluk oleh kekasihnya di akaun Instagram. Foto itu jelas mendapat pelbagai komen  meskipun Zarina sudah lali dengan perkara tersebut.

Terbaru, ada yang mendakwa jejaka bertatu  didalam foto tersebut merupakan seorang rakyat Brunei dan sudah mempunyai isteri dan apa yang memeranjatkan kami beliau juga  seorang kaki pukul dan baru sahaja keluar daripada lokap baru-baru ini.

zarina 2

Perkara itu di ketahui apabila isteri kepada jejaka tersebut  iaitu Auni Ali telah memuat naik foto  kesan lebam di bahagian muka  selepas di pukul di akaun Instagramnya yang menceritakan kejadian tersebut.

zarina 1

Malah, beliau turut memuat naik mesej ringkas yang dikirim oleh suaminya itu yang kononya sudah menyesali perbuatannya dan mahu memujuk isterinya itu dengan ayat-ayat manis.


Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, Auni adalah isteri sah  kepada kekasih Zarina Anjoulie apabila bertanya kepada orang ramai siapakah gerangan wanita yang dicium oleh suaminya. Jika perkara ini benar, Zarina Anjoulie nampaknya sudah menimbulkan satu masalah yang besar dan seakan menjadi perosak rumah tangga orang lain.

0 Response to "(GAMBAR) ISTERI KEKASIH BERTATU ZARINA ANJOULIE TAMPIL BUAT PENDEDAHAN SUAMINYA ITU KAKI PUKUL?"

Post a Comment