Hot !

GAMBAR BUDAK CINA & INDIA "PAYUNG" BUDAK MELAYU SOLAT JADI VIRAL



Gambar 4 orang pelajar UNIMAP, di antaranya Cina dan India sedang melindungi 3 rakan mereka ber...

Gambar 4 orang pelajar UNIMAP, di antaranya Cina dan India sedang melindungi 3 rakan mereka bersolat berjemaah dari terkena hujan tersebar di laman sosial.

Gambar yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook Shehdi Ragiun itu menarik perhatian netizen dan rata-ratanya kagum dan menganggap itulah sikap 1Malaysia yang sebenarnya.

"Kat UNIMAP. Dalam satu camping, budak Melayu sedang solat. Hujan turun, budak Cina dan India tolong payungkan," katanya.



Gambar itu mencetus perbualan hangat di kalangan netizen.

"Walaupun hanyalah 'kem', kenapa tidak kita doakan agar semua ini berkekalan dengan kekalnya semangat perpaduan? Come'on Malaysian, inilah masa untuk tumbuhnya pokok generasi baru,". Kata Rasyid Razak.

"Kadang-kadang kaum lain, Cina, India, Melayu, kalau dah bergaul, tak ada masalah pun. Hidup harmoni je dan tidak timbul pun isu perkauman ini. Tetapi bila ada sesetengah yang memang membangkitkan kemarahan sesetengah kaum lain, dicampur dengan media yang ada sekarang ini, jadilah tersebar meluas. Jangan kerana hanya sikap seorang individu, kita samakan semua bangsanya. Apa pun syabas kerana mampu menghormati satu sama lain walaupun berbeza bangsa dan agama," kata Alif Amran Aminuddin.

Amalan murni seperti ini haruslah dicontohi oleh kita lebih-lebih lagi dalam kalangan generasi muda.

Jangan hanya disebabkan beberapa kes terpencil menjadikan pertimbangan kita sehingga melabelkan satu bangsa berperangai sama sedangkan masih ada lagi yang baik dan bertimbang rasa malah menghormati bangsa dan agama yang lain. sumber

0 Response to "GAMBAR BUDAK CINA & INDIA "PAYUNG" BUDAK MELAYU SOLAT JADI VIRAL"

Post a Comment