Jawatankuasa Bersih 4.0 hari ini dengan
sukacitanya akan mengumumkan persetujuan dan kesediaan bekas Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turut serta, malah mengepalai himpunan
Bersih 4.0 yang akan dilangsungkan bermula hari ini hingga 31 Ogos nanti.
Menurut satu kenyataan yang akan dikeluarkan
jam 10 pagi nanti, persetujuan Muhyiddin ini disampaikan sendiri oleh salah
seorang dari dua Setiausaha Politiknya.
Justeru, penyertaan Muhyiddin diharap dapat
menarik semua penyokongnya seperti Datuk Seri Shafie Afdal, Umi Hafilda dan
lain-lain untuk turut serta meramaikan gerakan Bersih 4.0 setelah PAS melarang
penyokongnya dari turut serta dalam himpunan tersebut.
Turut ikut bersetuju untuk menyertai Bersih 4.0
ialah pertubuhan rasis (dulu) Perkasa yang Presidennya semala, Datuk Ibrahim
Ali, memberikan indikasi bahawa mereka juga akan menyertai Bersih 4.0 sebagai
tanda protes terhadap kerajaan.
Penyertaan Muhyiddin ini dilihat significant
dengan perjuangan Bersih 4.0 kerana Muhyiddin adalah juga Pengarah pilihanraya
bagi UMNO dan BN di peringkat nasional. Gabungan Muhyiddin dan
Pengarah-pengarah pilihanraya dari PKR, DAP dan GHB membolehkan perkongsian idea
bagaimana nak menumbangkan BN dengan lebih mudah.
Belum dapat dipastikan jawatan Muhyiddin dalam
kerajaan perpaduan yang akan dibentuk selepas himpunan Bersih 4.0 sekiranya
kerajaan BN sedia ada dapat ditumbangkan. Tapi berdasarkan senioriti dan
pengalaman sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, aku yakin paling tidak
beliau akan menjadi Perdana Menteri sementara, sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim
mengambil alih kuasa.
0 Response to "Eksklusif!! Muhyiddin Setuju Kepalai Bersih 4.0"
Post a Comment