Hot !

Dari Keluarga Anwar Kepada Ketua UMNO Kepong, Mohon Maaf Atau Disaman


Semalam dilaporkan UMNO Bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abd Hamid dalam ucapannya telah mendakwa Antara usaha Yahudi untuk menjatuhkan kerajaan adalah dengan menggunakan 'jalan belakang', dakwa UMNO Bahagian Kepong.

Menurutnya tindakan itu dilakukan melalui pemimpin pembangkang seperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua untuk memerintah Malaysia.

Dakwa Rizuan lagi, Yahudi menggunakan akhbar Wall Street Journal, Claire Brown untuk menjatuhkan kepimpinan kerajaan dengan memanipulasi isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Lihat sahaja Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid pergi ke hulu ke hilir untuk mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada serangan puak-puak Yahudi terutama yang mahu menjatuhkan kerajaan Malaysia melalui pintu belakang.

"Mereka mahu jatuhkan kerajaan kita," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Kepong di Hotel Hilton, KL Sentral, di sini, pada Ahad.

Rizuan berkata kerajaan UMNO di bawah pimpinan Najib ini adalah satu-satunya kerajaan yang menentang Yahudi.

Beliau berkata, Malaysia berjaya merpertahankan negara ini daripada ancaman Yahudi di dalam negara Asia ini selepas bekas Eksekutif Teknologi Maklumat PetroSaudi International Xavier Andre Justo ditangkap dan kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand.

"Isu 1MDB turut melihatkan kepada perkembangan positif selepas orang yang buat kacau telah ditangkap. Justo (Xavier) telah ditangkap dan dipenjara di Bangkok.

"Dia ada rancangan besar nak menjatuhkan kerajaan UMNO kerana kerajaan UMNO ini adalah satu-satunya kerajaan yang menentang Yahudi.

"Negara-negara Asia lain sudah pun ditawan puak Yahudi. Singapura habis, Thailand habis, Filipina habis. Mana lagi yang tinggal? Indonesia pun habis," katanya.

Rizuan berkata, Malaysia dipertahankan Najib (dari ancaman Yahudi) dengan sumbangan Raja Arab, Putra Arab yang bermurah hati untuk memberi dana politik untuk kegunaan PRU-13 yang lalu.

Beliau berkata, apa yang patut dipersoalkan hari ini adalah isu RM30 bilion yang didakwa disorok Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan bukannya sumbangan RM2.6 bilion yang diterima Najib.

"Pembangkang pakai duit ratusan juta, berbilion. Tiada siapa pun yang mempersoalkan. Tengok sahaja dalam akaun Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, akaun Nurul Izzah, akaun Nurul Nuha, akaun Mohd Ihsan, berapa juta bilion yang ada dalam akaun itu? Kenapa tidak dipersoalkan?" katanya lagi lapor AstroAwani


Sedap saja dia bercakap..

Dan semalam juga Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan tuntutan saman terhadap Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Rizuan Abd Hamid susulan kenyataannya yang mengatakan terdapat "berbilion ringgit" dalam akaun bank Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya.


Dr Wan Azizah, bersama anak-anaknya, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah, Nurul Nuha dan Mohd Ihsan memfailkan saman tersebut kepada Rizuan semalam. 
Melalui notis tuntutan yang diedarkan kepada media, melalui peguam mereka, Daim & Gamany, Rizuan dituntut mengemukakan permohonan maaf dalam akhbar harian nasional dan penarikan balik artikel tersebut sepenuhnya. 
Selain itu, Rizuan juga dituntut membayar sejumlah pampasan kerana merosakkan nama dan reputasi keluarga Anwar serta tidak lagi mengulangi kenyataannya. 
"Kamu juga dituntut untuk membalasnya dalam tempoh 48 jam, kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan prosiding undang-undang dikenakan dengan kosnya ditanggung pihak kamu sepenuhnya," kata notis tuntutan tersebut. 
Notis tersebut turut memetik kenyataan Rizuan dalam portal berita Astro Awani yang mengatakan Yahudi menggunakan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. 
Rizuan mengeluarkan kenyataan itu ketika mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kepong, minggu lepas. 
"Pembangkang pakai duit ratusan juta, berbilion. Tiada siapa pun yang mempersoalkan. Tengok saja dalam akaun Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, akaun Nurul Izzah, akaun Nurul Nuha, akaun Mohd Ihsan, berapa juta bilion yang ada dalam akaun itu? Kenapa tidak dipersoalkan?" kata Rizuan, dipetik laporan portal berkenaan ~ The Malaysian Insider


Aku yakin kenyataan bodoh Ketua UMNO Bahagian Kepong itu dibuat berdasarkan apa yang sebelum ini telah disebarkan oleh Blog-blog macai kononnya keluarga Anwar punya simpanan beratus juta dalam Bank di Israel.. kononnya lah..

Maklumat palsu itu telah beberapa kali diketawakan dan dinafikan oleh Anwar dan juga Mahathir serta lain-lain pemimpin yang tersenarai dalam senarai tersebut..

Malah Mahathir pernah meminta no myKad individu yang menyebarkan maklumat itu, tujuannya ialah untuk memberikan separuh dari jumlah yang ada dalam akaun itu kepada individu yang menyebarkan maklumat itu jika ianya benar dan wujud..

Tapi kalau tak ada.. dia nak saman.. tapi mamat tu tak berani bagipun No myKad dia..


0 Response to "Dari Keluarga Anwar Kepada Ketua UMNO Kepong, Mohon Maaf Atau Disaman"

Post a Comment