CHEF WAN LABEL SAUDARA SENDIRI SEBAGAI
'ANJING'
Perbalahan antara Chef Selebriti tersohor,
Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali Chef Wan dengan adik perempuannya dan
anak-anak saudaranya tidak menampakkan kesudahan.
Dalam status yang dimuat naik di laman sosial
Instagram, beliau melepas perasaan dengan kata-kata kesat serta hinaan.
Lebih daripada itu, dia memanggil darah
dagingnya, anjing.
“Jgn dah besar buat perangai menyombong mcm si
Anjing tu sudah la! Gelak saya mendengar why my sister kata he tried to
influenced some of the nephew and nieces to raised money nak cari Lawyer to sue
me!.
“Non of them pay attention to his request.
Masing2 nak ganti seluar dalam tu Atok tengok dah berkarat di ampaiyan dan esok
lusa dah boleh buat roti jala lagi ada nak sue me?” tulisnya.
Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada
keluarga adik perempuanya, Rosenah Ismail yang dikatakan bertegas mahu mengambil
tindakan undang-undang terhadapnya.
Ia berpunca daripada tindak Chef Wan memuat
naik gambar bulan lalu keluarganya yang sedang tidur di ruang tamu dengan status
yang memalukan mereka.
Kata-kata kesat yang dimuat naik itu, dikatakan
ekoran tindakan keluarga adik perempuannya ingin mengambil tindakan
undang-undang selepas mereka dimalukan.
0 Response to "Chef Wan Gelar Saudara Sendiri Sebagai 'ANJING'"
Post a Comment