Hot !

"ADAKAH PEMIMPIN SEPERTI INI PATUT DIHORMATI?" - SULTAN JOHOR BERI AMARAN KERAS KEPADA NAZRI AZIZ


Suktan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memberi amaran keras kepada dua ahli politik dari Umno iaitu Datuk Seri Nazri Aziz dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat.

Beliau memberikan amaran keras kepada menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz yang sebelum ini memberi amaran untuk “membelasah” Tengku Mahkota Johor (TMJ) jika baginda campur tangan dalam politik.

Selain itu beliau “menasihatkan” ahli politik, khususnya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat supaya tidak campur urusan istana atau membuat kenyataan mengaitkan istana.

“Ada juga pemimpin kerajaan yang langsung tidak beradab apabila bercakap, dengan melabelkan orang lain sebagai orang gila; dan lebih teruk lagi dengan angkuh dan sombong hendak “whack” anakanda saya (TMJ).

“Adakah pemimpin seperti ini patut dihormati? Ingatlah pepatah Melayu sering menyebut “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.” tegasnya.

Sebelum ini Nazri telah menegur tingakan TMJ iaitu selepas anakanda sultan Johor memperli kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir ke majlis dialog terus terang #Nothing2Hide berkaitan isu 1MDB di Kuala Lumpur.

Sultan Ibrahim bertitah demikian sempena majlis perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di ibu pejabat polis kontinjen Johor. - SUMBERSUMBER PETIKAN DARI JOHOR Southern Tigers

PETIKAN TITAH UCAPAN DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MASJID TUNKU LAKSAMANA ABDUL JALIL, DI IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN JOHOR.

1. SEBAGAIMANA TELAH SAYA TEGASKAN DAHULU, BAHAWA SAYA TIDAK AKAN MENCAMPURI URUSAN MANA-MANA PARTI POLITIK.
WALAUPUN BANYAK PEMIMPIN POLITIK YANG DATANG BERJUMPA SAYA, SAYA HANYA MENDENGAR CERITA MEREKA DAN TIDAK AKAN MEMIHAK KEPADA MANA-MANA PARTI ATAU INDIVIDU.
2. APA YANG SAYA PENTINGKAN ADALAH KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT SAYA DAN KEMAKMURAN NEGERI JOHOR MESTI DIJAGA MELALUI PERPADUAN DAN PENGUKUHAN MUAFAKAT BANGSA JOHOR.
3. OLEH ITU SUKA SAYA NASIHATKAN DI SINI KEPADA AHLI-AHLI POLITIK, ANTARANYA ADUN KEMPAS, SUPAYA JANGAN MENCAMPURI URUSAN ISTANA JOHOR ATAU CUBA MEMBUAT KENYATAAN YANG MENGAITKAN PIHAK ISTANA.
4. ADA JUGA PEMIMPIN KERAJAAN YANG LANGSUNG TIDAK BERADAB APABILA BERCAKAP, DENGAN MELABELKAN ORANG LAIN SEBAGAI ORANG GILA; DAN LEBIH TERUK LAGI DENGAN ANGKUH DAN SOMBONG HENDAK “WHACK” ANAKANDA SAYA. ADAKAH PEMIMPIN SEPERTI INI PATUT DIHORMATI? INGATLAH PEPATAH MELAYU SERING MENYEBUT “KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA”.
5. SAYA AKAN TERUS MEMASTIKAN NASIB RAKYAT SAYA SENTIASA TERBELA. KERAJAAN MESTILAH BERSIKAP TELUS DAN BERTERUS TERANG KEPADA RAKYAT KERANA DALAM DUNIA MODEN HARI INI, TIDAK ADA APA YANG BOLEH DISEMBUNYIKAN.
PERIBAHASA CINA ADA MENYEBUT “GUNI TIDAK DAPAT SOROK TUKUL, KERTAS TIDAK DAPAT BALUT API”.
6. MARILAH KITA BERDOA KEHADRAT ALLAH S.W.T. SEMOGA NEGERI JOHOR AKAN TERUS AMAN DAN MAKMUR DAN SEMUA RAKYATNYA DIKURNIAKAN RAHMAT DAN KETABAHAN UNTUK MENGHARUNGI APA JUGA CABARAN DENGAN SEMANGAT PERPADUAN DAN MUAFAKAT.
DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR, SULTAN JOHOR.
----
EXCERPTS FROM H.M. SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR, THE SULTAN OF JOHOR'S SPEECH DURING THE OFFICIATING OF MASJID TUNKU LAKSAMANA ABDUL JALIL, JOHOR POLICE CONTINGENT HEADQUARTERS
1. AS I HAVE STRESSED BEFORE, I WILL NEVER INTERFERE WITH AFFAIRS OF ANY POLITICAL PARTY. THOUGH MANY POLITICAL LEADERS HAVE COME TO HAVE AN AUDIENCE WITH ME, I ONLY LISTEN TO THEM AND WILL NOT TAKE SIDES WITH ANY PARTIES OR INDIVIDUALS.
2. MY PRIORITY IS THE WELFARE OF MY SUBJECTS AND THAT THE PROSPERITY OF JOHOR MUST BE MAINTAINED THROUGH THE UNITY AND TOGETHERNESS OF BANGSA JOHOR.
3. AS SUCH, I MY ADVICE TO POLITICIANS, AMONG THEM WHICH IS KEMPAS STATE ASSEMBLYMAN, NOT TO MEDDLE IN THE AFFAIRS OF ISTANA JOHOR OR TRY TO MAKE STATEMENTS THAT IMPLICATE THE PALACE.
4. THERE ARE ALSO LEADERS IN THE GOVERNMENT WHO ARE TOTALLY RUDE WHEN SPEAKING UP, BY LABELLING OTHERS AS CRAZY, AND EVEN WORSE, BEING SO ARROGANT AS WANTING TO "WHACK" MY SON. ARE THESE THE KIND OF LEADERS THAT ARE TO BE RESPECTED? REMEMBER THAT ONE'S WORDS CAN LEAD TO THEIR DOWNFALL.
5. I WILL CONTINUE TO ENSURE THAT THE WELFARE OF MY SUBJECTS ARE ALWAYS TAKEN CARE OF. THE GOVERNMENT MUST BE TRANSPARENT AND HONEST WITH THE PEOPLE, AS IN THIS MODERN DAY AND AGE, NOTHING COULD BE HIDDEN. AS A CHINESE PROVERB PUTS IT, "A SACK CANNOT CONCEAL A HAMMER, PAPER CANNOT ENVELOPE A FLAME".
6. LET US PRAY TO ALLAH, MAY JOHOR REMAIN PROSPEROUS AND PEACEFUL, AND MAY HER PEOPLE BE GIVEN THE BLESSING AND STRENGTH TO WEATHER ANY CHALLENGES WITH UNITY AND CONCORD.
H.M. SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR, THE SULTAN OF JOHOR.

0 Response to ""ADAKAH PEMIMPIN SEPERTI INI PATUT DIHORMATI?" - SULTAN JOHOR BERI AMARAN KERAS KEPADA NAZRI AZIZ"

Post a Comment