Putrajaya: Seorang penjual topi
keledar yang terkenal dalam kalangan penunggang motosikal di negara ini sempat
mengemaskini status di Facebooknya beberapa jam sebelum terbabit kemalangan dan
meninggal dunia petang tadi.
Allahyarham Fauzi Tahir, 33,
membuat coretan ‘tenang2 .... xlari melaka tu.... jap lg sy sampai yek.....
senafas j .... klu jem buat relax buat chill2.....’ di Facebooknya dengan
gambarnya di kedai makan.
Isteri Fauzi yang dikenali sebagai
Hafizah Abdullah memaklumkan di facbook yang suami nya Fauzi telah meninggal
dunia dan memohon kenalan arwah menghalalkan makan minum arwah.
Jenazah arwah Fauzi akan di
kebumikan di Segambut Jaya pada malam ini setelah dibawa balik dari Hospital
Serdang, allahyarham meninggalkan isteri dan 3 anak yang masih
kecil.
Penunggang motosikal berkuasa
tinggi itu maut selepas melanggar bahagian belakang lori kontraktor pembersihan
lebuh raya dalam kejadian di Kilometer (KM) 34.6 Lebuhraya Utara-Selatan
Hubungan Tengah (ELITE) 1.40 petang tadi.
Jurucakap polis berkata, kejadian
berlaku ketika mangsa sedang berkonvoi bersama 10 lagi motosikal berkuasa tinggi
dari Klang, Selangor ke Melaka.
"Sebaik tiba di tempat kejadian
mangsa terlanggar bahagian belakang lori kontraktor pembersihan lebuh raya yang
sedang melaksanakan kerja-kerja pembersihan.
"Akibat kejadian itu, mangsa
mengalami kecederaan di bahagian badan dan kepala serta meninggal dunia di
tempat kejadian,"katanya ketika dihubungi di sini.
Menurutnya, mayat dihantar ke
Hospital Serdang untuk bedah siasat.
"Siasatan lanjut dijalankan
mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kami juga memohon saksi kejadian
supaya menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mirzal Maliki atau Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Sepang di talian 03-87774222,"katanya. - HM
0 Response to "(5 Gambar) Luahan Isteri..Minat Pada Motosikal Hingga Akhir Hayat Fauzi"
Post a Comment