Personaliti
TV3, Normala Samsudin yang pernah menerima gelaran 'wanita melayu terakhir'
kerana kejelitaannya, kini tampil setelah lama menyepi dari industri
hiburan.
Normala
Samsudin telah hadir ke satu majlis rakaman program Nona bersempena sambutan
ulang tahun ke-30 program Nona di Grand Duchess Fraser Place, Kuala
Lumpur.
Normala
Samsudin kini berumur 51 tahun namun kecantikkan masih lagi terpacar diwajahnya.
Selain itu, Normala Samsudin juga kini telah berhijab sepenuhnya.
Namun,
Normala Samsudin akui gembira dengan kehidupannya yang sekarang sebagai isteri
kepada ahli politik Dato Sri Azmi Khalid yang merupakan ahli parlimen Padang
Besar, Perlis.
Mengikut
suaminya, Normala samsudin juga kini menetap di Perlis dan hanya sekali sekala
turun ke Kuala Lumpur.
Wanita
jelita ini juga tidak mahu lagi terbabit dalam industri hiburan sebagai
pengacara ataupun pelakon.
Ini
komen Normala tentang kehidupannya sekarang:
"Alhamdulillah
saya gembira dengan kehidupan sekarang sebagai suri rumah dan langsung tidak
rindu atau memasang impian untuk kembali semula dalam industri.
"Saya
kini menetap di Perlis tetapi sekali-sekala akan turun ke Kuala Lumpur dan Pulau
Pinang mengikut suami. Selebihnya tiada apa yang menarik cuma aktiviti saya
kebanyakkannya lebih kepada menguruskan rumah tangga seperti kebanyakkan wanita
lain,"
Credit to Abam Norman Danish @ Lanun Pirate Of Caribean. Koh2
0 Response to "14 Foto Paling Mengejutkan Ruhila Roslan, Anak Dara Normala Shamsuddin"
Post a Comment