
Subhanallah!
Itu yang mampu diungkapkan apabila Allah SWT menunjukkan kekuasaanNya. Seorang
wanita yang sudah berada dalam lingkungan usia 60 tahun merupakan seorang yang
buta. Namun dirinya percaya bahawa setiap doa kepada Allah SWT akan dikabulkan.
Ketika di Masjid Nabawi, wanita tua yang berasal dari Sudan ini telah berdoa
secara bersungguh-sungguh supaya matanya dapat melihat kembali. Tidak
semena-mena selepas berdoa, matanya dengan izin Allah SWT dapat melihat. Allahu
Akhbar!
SUBHANALLAH,
pelbagai kekuasaan Allah dapat kita lihat berlaku di mana-mana jua di dunia
ini.
Banyak
juga kisah istimewa berlaku di Makkah dan Madinah kerana ketika ini masih
berlangsung musim haji dengan kini pada jemaah sedang giat melakukan ibadah
melontar.
Di
Masjid Nabawi di Madinah, seorang jemaah haji wanita dari Sudan pulih
penglihatannya selepas buta selama tujuh tahun.
Beliau
dipulihkan Allah sebaik selesai berdoa di dalam masjid berkenaan, demikian
laporan portal berita Saudi Gazette.
“Allahu Akbar, saya boleh melihat semula,” laung wanita itu dari dalam Masjid Nabi Muhammad S.A.W itu beberapa hari lepas.
“Allahu Akbar, saya boleh melihat semula,” laung wanita itu dari dalam Masjid Nabi Muhammad S.A.W itu beberapa hari lepas.
Fatima
al-Mahi (Gambar) yang berusia lewat 60-an berkata, dia hilang penglihatan tujuh
tahun lalu dan meskipun menjalani beberapa pembedahan, semuanya gagal untuk
membantunya melihat semula.
Fatima
tidak menjelaskan bagaimana dia buta tetapi ternyata kelihatan amat bersyukur
kepada Allah kerana membenarkan dia melihat semula.
“Saya
berdoa bersungguh-sungguh dan ikhlas di Masjid Nabawi, memohon kepada Allah
supaya saya dapat melihat. Sebaik habis berdoa, saya mula melihat cahaya. Saya
toleh ke kiri dan kanan dan dapat melihat masjid ini dengan jelas. Saya tidak
dapat hendak menggambarkan kegembiraan saya apabila melihat anak saya yang
mengiringi saya,” katanya.
Fatima berkata, dia kini dapat melihat semula wajahnya sendiri.
Fatima berkata, dia kini dapat melihat semula wajahnya sendiri.
“Saya
juga melihat anak lelaki saya yang turut menangis kerana gembira. Saya melihat
jemaah Sudan lain dalam kumpulan kami. Kini saya dapat berjalan tanpa dibantu,
seperti dulu,” kata wanita itu.
– Sumber
Subhanallah.
Maha Suci Allah.
0 Response to "Wanita Buta Ini Mampu Melihat Selepas Berdoa Di Masjid Nabawi"
Post a Comment