
Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.
Wanita,
hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun
saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia
mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang
hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan
mampukah rahimnya yang sebesar buah pear mampu menanggung
zuriatnya.
Wanita,
hebatnya dia masih mampu melaksanakan semua tugasannya walaupun badannya
sakit-sakit menanggung beban kandungannya yang kian membesar. Tidak pernah
sekalipun dia mengeluh. Malah hatinya tersenyum tatkala melihat perutnya kian
membesar.
Wanita,
hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak
gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang
ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.
Wanita,
hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan
anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun
manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.
Apa
yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita
tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita
itu sayap kiri lelaki.
Wanita
berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita
itu kaum yang lemah.
Tetapi,
sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita
dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu
yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu
yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi
manusia..
Ibu
yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu
yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh
kesabaran..
Ibu
yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita
jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak
kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..
Hebat
kan wanita?
Anda
bertuah menjadi seorang wanita..
Buat
kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda.
Sumber
0 Response to "Wahai Kaum Adam Hargailah Isteri Anda kerana Isteri Mu Itu Amat Hebat"
Post a Comment