
Seorang
rakyat Switzerland bunuh diri dibantu perubatan atau euthanasia. Disaksikan
keluarganya, ia meneguk ubat mematikan di sebuah klinik di Switzerland. Proses
menuju kematian itu, hebatnya atau mungkin sedihnya, disiarkan televisyen BBC,
menjadi Kontroversi.
Nama lelaki
itu adalah peter Smedley berusia 71 dan sedang sakit parah yang tak mungkin
dapat disembuhkan lagi. Pemilik hotel ini pun memutuskan untuk mengakhiri
penderitaan itu dengan cara meminum ubat membawa maut.
Niatnya itu
boleh terlaksana kerana di negaranya, Switzerland, euthanasia tidak terlarang.
Beliau meminta doktor di sebuah klik bernama Dignitas memberikan ubat mematikan:
barbituates.
Entah
bagaimana dia mengizinkan kepada Sir Terry Pratchett, pengacara Terry Pratchett:
Choosing To Die, untuk merakam detik-detik terakhirnya saat meminum racun.
Berlaku sebelum Krismas tahun lalu.
Dalam gambar
di BBC yang ditayangkan (13/6/11) itu, pesakit, Smedley, didampingi doktor dari
klinik. Sebagai perpisahan terakhir, si isteri Christine (40) mencium suaminya
dan berkata, "Kuatlah sayang".
Christine
pun kelihatan tenang saat Smedley meminum ubat itu, namun ia tetap berada di
samping suaminya itu. Kelihatan pesakit dengan yakin meminum ubat yang sudah
disediakan doktor. Dan dalam masa beberapa saat, ia meninggal di
kerusinya.
Selepas
tayangan itu, debat panas muncul di Twitter, media sosial lain serta media cetak
membuat BBC digelar 'cheerleaders' euthanasia ..
0 Response to "VIDEO Rakaman Detik Kematian Dengan Meminum Racun"
Post a Comment