
Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Taman Daya, Johor pada petang Sabtu, suspek dikatakan cuba merampas beg tangan namun mangsa sempat menarik bajunya hingga menyebabkan motosikal yang ditunggang terbabas.
Mangsa
(bertudung ungu) mengalami kecederaan di lengan disebabkan tindakan beraninya
itu namun respon pantas penduduk setempat membuatkan suspek
dapat ditangkap.
“Makcik
satu orang tinggal lu tau!” demikian antara suara ‘nasihat’ yang dapat didengar
dalam video itu.
Sebagai
‘kenang-kenangan’ suspek sempat dibelasah sedas dua oleh orang awam sementara
menanti pihak polis tiba di tempat kejadian.
Kepada
para wanita, berhati-hatilah ketika berada di luar rumah.
Elakkan
daripada berjalan seorang diri dan melalui tempat-tempat yang tersorok dari
pandangan.
Apapun,
syabas kepada penduduk setempat kerana prihatin sekaligus bertindak segera
membantu makcik terbabit.
Sumber : Mynewshub
0 Response to "VIDEO: Makcik Berjaya Lawan Peragut Di Johor"
Post a Comment