
Gambar
sekadar hiasan~
Kenikmatan
syurga sukar untuk diungkapkan dan tidak akan pernah terjangkau oleh
khayalan. Para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang
spesifikasi syurga.
Baginda
s.a.w bersabda yang bermaksud : “Kerikil-kerikilnya adalah mutiara dan yaqut
(batu mulia), tanahnya adalah za’faran; sesiapa yang memasukinya, maka ia akan
merasai kenikmatan,
tidak akan putus asa, kekal abadi dan tidak mati, pakaiannya tidak akan usang
dan masa mudanya tidak akan pudar.”
1.
Istana-istana dan tempat-tempat tinggal
Allah s.w.t berfirman : “Tetapi
orang-orang yang bertakwa kepada Rabbnya mereka mendapat tempat-tempat yang
tinggi, diatasnya dibina pula tempat-tempat yang tinggi yang dibawahnya mengalir
sungai-sungai…” (Az-Zumar: 20)
“Jubin
yang diperbuat dari emas, bekas yang diperbuat dari perak, campurannya adalah
gaharu yang amat kuat aromanya.”
2. Rumah
Ahli Syurga
– Didalam syurga terdapat rumah
sebagaimana firman Allah s.w.t. :
“(Bidadari-bidadari) yang jelita,
putih bersih menanti di dalam rumah.” (Ar-Rahman :72)
Rumah ini amat menakjubkan di mana
diperbuat dari mutiara, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud
:
“Di dalam syurga terdapat rumah yang
diperbuat dari mutiara yang berlubang, lebarnya enam puluh batu, setiap
penjurunya terdapat penghuni (bidadari) yang belum pernah melihat orang lain dan
mereka disenggamai oleh seorang mukmin.” (HR. Muslim)
3.
Pepohonan dan Buah-buahan Syurga
– Allah s.w.t telah menceritakan
kepada kita bahawa di dalam syurga terdapat pepohonan yang banyak, diantaranya
anggur, kurma dan delima, sebagaimana juga terdapat pepohonan bidara dan
pisang.
Allah s.w.t berfirman: “Sesungguhnya
orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan, (iaitu) kebun-kebun dan buah
anggur.” (An-Naba: 31-32)
“Dan
golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada diantara pokok
bidara yang tidak berduri, dan pokok pisang yang tersusun-susun (buahnya).”
(Al-Waqi’ah:27-29)
4.
Burung-burung dan Binatang-binatang Melata di Syurga
-Di dalam syurga juga terdapat
burung-burung dan binatang-binatang melata, dimana tidak ada yang mengetahuinya
kecuali Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman mengenai kenikmatan yang dirasakan
para penghuni syurga :
“Dan daging burung dari apa yang
mereka inginkan.” (Al-Waqi’ah: 21)
5.
Sungai-sungai dan Mata Air di Syurga
– Allah s.w.t menceritakan kepada
kita bahawa di bawah syurga mengalir sungai-sungai :
“Dan sampaikanlah berita gembira
kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan
syurga-syurga yang mengalir sunga-sungai didalamnya…” (Al-Baqarah:
25)
“Sesungguhnya
orang-orang yang bertakwa itu berada dalam syurga (taman-taman) dan (berdekatan)
mata air-mata air (yang mengalir).” (Al-Hijr: 45)
6.
Pakaian Ahli Syurga
– Di dalam syurga, para ahli syurga
akan memakai pakaian yang mewah, berhias dengan pelbagai jenis perhiasan seperti
emas, perak, dan mutiara. Pakaian mereka itu diperbuat dari sutera, sebagaimana
firman-Nya :
“Di Syurga itu mereka diberi
perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara dan pakaian mereka adalah
sutera.” (Al-Hajj: 23)
7.
Singgahsana dan Keluarga Ahli Syurga
– Istana-istana syurga dan
tempat-tempat duduk di taman-taman dan di kebun-kebunnya dipersiapkan dengan
hamparan yang berwarna-warni mewah dan menawan.
Allah s.w.t berfirman : “Di dalamnya
ada takhta-takhta yang ditinggikan, dan gelas-gelas yang terletak
(berdekatannya) dan bantal-bantal sandaran yang tersusun dan
permaidani-permaidani yang terhampar.” (Al-Ghasyiah: 13-16)
8. Para
Pelayan Ahli Syurga
– Di Syurga, para ahli syurga
dilayani oleh anak-anak muda yang diciptakan Allah s.w.t untuk melayani mereka.
Mereka itu teramat tampan dan sangat sempurna.
Allah s.w.t berfirman : “Mereka
dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda. Dengan membawa gelas, cerek dan
gelas (piala) berisi minuman yang diambil dari mata air yang mengalir.”
(Al-Waqi’ah: 17-18)
“Allah
s.w.t berfirman, ‘Aku telah menyuapkan bagi para hamba-Ku yang soleh apa yang
tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak
pernah terdetik oleh hati manusia.’ maka bacalah, jika kamu mahu
(firman-Nya)”
“Seorang
pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (pelbagai jenis
nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah
mereka kerjakan.” (As-Sajdah: 17)
Sumber
: Buku Pasport
Menuju Akhirat
0 Response to "SYURGA DAN KENIKMATANNYA"
Post a Comment